Monday 27 May 2013

22 pejuang Hezbollah terbunuh bertempur tentera Syria


BAALBEK, Lebanon, 27 Mei - Sekurang-kurangnya 22 pejuang Hezbollah terbunuh dalam pertempuran bersama tentera kerajaan Syria menentang pemberontak Syria yang menguasai bandar Qusayr, kelmarin.
"Kira-kira 22 ahli pergerakan itu terbunuh kelmarin. Sembilan mayat dibawa pulang pada hari yang sama manakala selebihnya, semalam," kata sumber yang dekat dengan pergerakan Lebanon itu tanpa mahu dikenali, semalam.
Tentera Syria mengumumkan bahawa tenteranya telah menyusup masuk ke lapangan terbang tentera Dabaa, sebuah pos pemberontak di utara Qusayr, selepas seminggu usaha mereka menawan semula bandar strategik berhampiran sempadan Lebanon itu.
"Pertempuran berlangsung di dalam lapangan terbang selepas mereka menembusi barisan pertahanan pemberontak," kata jurucakap tentera. - AFP


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Luar_Negara/20130527/lu_02/22-pejuang-Hezbollah-terbunuh-bertempur-tentera-Syria#ixzz2US3L4zcf
© Utusan Melayu (M) Bhd 

No comments:

Post a Comment