Monday, 27 May 2013

Bedilan roket mengenai kubu Hizbollah



ASKAR-ASKAR Lebanon memeriksa kediaman yang rosak selepas sebuah roket mengenai bangunan apartmen di daerah Chiyah, selatan Beirut, di Lebanon semalam.


BEIRUT - Empat orang cedera apabila dua buah roket meletup di kawasan puak Syiah di selatan Beirut di sini semalam, kata sumber keselamatan Lebanon.
"Satu roket itu meletup di bilik pameran kereta dan menyebabkan empat orang cedera manakala beberapa buah kenderaan turut rosak," kata sumber itu kepada agensi berita AFP.
Kawasan tersebut merupakan kubu kuat Hizbollah.
Kejadian tersebut merupakan serangan pertama yang disasarkan ke atas ibu kota Lebanon tersebut sepanjang tempoh dua tahun konflik di Syria tercetus.
Serangan tersebut berlaku beberapa jam selepas pemimpin Hizbollah, Hassan Nasrallah berikrar "kemenangan" akan berpihak kepada rejim Presiden Syria, Bashar Al-Assad yang dibantu pejuang Hizbollah.
"Kepada semua orang yang mulia, untuk Mujahidin (pejuang Hizbollah), buat mereka, saya sentiasa menjanjikan kemenangan dan hari ini saya janjikan kemenangan yang baharu (Syria)" katanya pada majlis sambutan ulang tahun ke-13 pengunduran tentera Israel dari Lebanon.
Pertempuran di Lebanon itu turut merebak ke bandar pelabuhan Tripoli di Lebanon.
Pertempuran tersebut melibatkan penyokong penentang Bashar dan anggota Hizbollah yang menyokong rejim Presiden berkenaan. - AFP


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2013&dt=0527&pub=Kosmo&sec=Dunia&pg=du_05.htm#ixzz2URfWhhAF 
Hakcipta terpelihara 

No comments:

Post a Comment