27 Mei 2013
ISTANBUL - Majlis Kebangsaan Syria (SNC), kelmarin gagal untuk mencapai kata sepakat berhubung keputusan untuk menyertai Sidang Keamanan Antarabangsa yang akan diadakan di Geneva pada bulan depan.
Wakil SNC di Istanbul, Khaled Saleh berkata, mereka masih belum membuat sebarang keputusan walaupun mesyuarat diadakan sejak 23 Mei lalu.
Jumaat lalu, Rusia memaklumkan bahawa kerajaan Presiden Bashar al-Assad bersetuju untuk menghadiri sidang itu yang bertujuan untuk menamatkan konflik di Syria.
Dalam perkembangan lain, lapangan terbang al-Daba, utara Qusayr, wilayah Homs ditawan semula tentera rejim dalam operasi fasa kedua selepas lebih setahun berada di bawah kekuasaan Tentera Pembebasan Syria (FSA).
Selain itu, ibu pejabat Parti Baath dan lebuh raya Homs-Baalbek juga berjaya dirampas kembali selepas terlibat dengan siri pertempuran dengan FSA sejak minggu lalu, dipetik dari Press TV.

No comments:
Post a Comment