Tuesday 21 May 2013

30 pejuang Hezbollah mati di Syria




BEBERAPA penduduk Syria memeriksa kerosakan selepas beberapa buah bangunan runtuh akibat pertempuran antara askar-askar pemerintah dengan kumpulan penentang di Qusair pada Sabtu lalu.


AMMAN - Kira-kira 30 pejuang dari kumpulan Hezbollah dan 20 askar Syria dan anggota separa tentera yang setia kepada Presiden Bashar Al-Assad terbunuh dalam pertempuran sengit di bandar Qusair, kata beberapa aktivis semalam.
Pertempuran di Qusair merupakan kempen ketenteraan Bashar untuk mengukuhkan kawalan di Damsyik.
Agensi berita SANA menyatakan, pihak tentera telah memulihkan keselamatan dan kestabilan di kebanyakan kawasan perumahan di Qusair.
Ia melaporkan, askar-askar Syria turut memburu saki-baki anggota kumpulan penentang Bashar di daerah utara.
Bagaimanapun, menurut beberapa aktivis penentang, pihaknya berjaya menyebabkan askar-askar Syria berundur ke kedudukan asal mereka di timur dan selatan bandar tersebut kelmarin.
Menurut mereka, empat kereta kebal Syria dan lima buah kenderaan ringan milik Hezbollah musnah dalam pertempuran tersebut.
Pertempuran antara tentera Syria dengan kumpulan penentang bermula sejak Mac 2011.
Para penentang yang terdiri daripada penduduk tempatan mahu Bashar digulingkan selepas berlaku kebangkitan rakyat di Tunisia, Mesir dan Libya. - Agensi


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2013&dt=0521&pub=Kosmo&sec=Dunia&pg=du_10.htm#ixzz2TsakMgY9 
Hakcipta terpelihara 

No comments:

Post a Comment