20 Mei 2013
TATKALA umat Islam seluruh Syria bersiap sedia untuk menunaikan solat subuh, mereka dikejutkan dengan satu letupan kuat di Pusat Penyelidikan Ketenteraan Jamraya, sekali gus mencetuskan kepulan asap tebal di kawasan pinggir Damsyik.
Kerajaan Syria mengumumkan, ia merupakan serangan kedua tentera Zionis selang beberapa bulan sebuah konvoi bersenjata ke Lubnan diserang sekali gus memburukkan lagi keadaan bandar yang sebelum ini musnah akibat pergolakan menggulingkan kerajaan Presiden Basha al-Assad.
Dalam satu temu bual bersama media antarabangsa, pegawai atasan Syria mengaku, serangan berkenaan adalah satu pengisytiharan perang oleh rejim Yahudi. Pihak berkuasa Syria juga memberi amaran akan mengambil tindakan keras terhadap Israel susulan dua kali dibedil serta satu serangan oleh tentera Yahudi di sebuah reaktor nuklear Syria, September 2007.
Bagaimanapun, Israel enggan mengesahkan dakwaan serangan itu sekali gus menafikan telah menggunakan bedilan roket ke pusat penyelidikan Jamraya, pinggir Damsyik.
Dalam satu laporan dikemukakan kepada Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), tentera Israel didakwa membedil roket ke kawasan ketenteraan di pinggir bandar Syria serta mengundang ketakutan kepada penduduk berdekatan.
"Kami dikejutkan dengan bunyi letupan kuat secara bertalu-talu. Malah kedengaran juga bunyi tembakan serta suara manusia menjerit.
"Kami tidak tidak tahu apa yang harus dilakukan dan yang pastinya orang ramai di kejiranan ini mengalami kesukaran bernafas kerana asap yang terlalu tebal," kata Anna Deeb yang juga penduduk di kawasan penempatan beberapa kilometer daripada lokasi serangan.
Sementara itu, Timbalan Menteri Luar Syria, Faisal al Mekdad berkata, serangan mewakili satu perikatan antara pengganas dan Israel.
"Apabila mereka menyerang, jelas sekali menunjukkan ia adalah pengisytiharan perang. Ini bukan lagi sesuatu tindakan baru yang kita masih tidak fahami.
"Bagaimanapun kami (Syria) menerima cabaran itu dan membalasnya dengan cara kami. Namun pembalasan yang hanya kami ketahui itu bakal mengundang kesakitan kepada mereka (Israel)," kata dalam satu kenyataan kepada agensi berita antarabangsa.
Serangan 2007, 2013
Pasukan ketenteraan Israel bertindak membedil secara besar-besaran sebuah bangunan yang didakwa sebagai reaktor nuklear dalam wilayah Deir ez-Zor, Syria pada 6 September 2007.
Serangan bertubi-tubi yang meranapkan keseluruhan bangunan itu telah membunuh 10 kakitangan warga Korea Utara.
Rejim dengan bangganya mendedahkan operasi membabitkan lapan jet pejuang dan sekurang-kurangnya empat daripadanya melepaskan bedilan roket ke arah bangunan itu.
Tindakan rejim mendapat sokongan sekutu kuatnya, Amerika Syarikat (AS) apabila Agensi Perisikan Pusat (CIA) dan Rumah Putih mengesahkan kononnya bangunan berkenaan adalah lokasi memproses nuklear bagi tujuan ketenteraan.
Bagaimanapun, kerajaan Syria dengan keras menafikan dakwaan itu.
Selang beberapa tahun iaitu pada tahun ini, Syria sekali lagi menjadi mangsa bedilan tentera kejam Zionis.
Pada 31 Januari lalu, anak didik Benjamin Netanyahu tanpa segan silu membedil sempadan Syria-Lubnan dipercayai menyasarkan pergerakan Hizbullah.
Insiden itu turut meragut dua nyawa dan lima lagi parah sejurus serangan dilakukan tanpa sebarang amaran.
Menurut pegawai, bedilan mengenai sekumpulan konvoi yang pada ketika itu sedang berhenti di pekarangan Pusat Sains dan Penyelidikan Syria, Jamraya beberapa kilometer dari Damsyik.
Serangan sebanyak dua kali itu, memusnahkan keseluruhan bangunan berkenaan.
Awal Mei, tentera Israel sekali lagi melakukan beberapa siri serangan bom menyasarkan konvoi bersenjata yang didakwa membawa peluru berpandu kepada Hizbullah di Lubnan.

No comments:
Post a Comment