Tuesday, 21 May 2013

Israel mahu lancar banyak serangan



BAITULMAQDIS 19 Mei - Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu, hari ini menyuarakan prospek untuk melancarkan lebih banyak serangan ke atas Syria, selain berikrar untuk bertindak menghalang senjata canggih jatuh ke tangan pergerakan Hezbollah dan kumpulan militan.
Dalam satu ucapan secara terbuka pada mesyuarat Kabinet hari ini, Netanyahu dengan jelas menyatakan Israel sedang bersiap sedia untuk mengambil tindakan dan telah 'bersiap sedia kepada sebarang senario' berhubung konflik di Syria.
"Israel telah memperkenalkan satu dasar untuk menghalang senjata canggih jatuh ke tangan Hezbollah atau kumpulan pengganas.
"Kami akan bertindak untuk memastikan keselamatan penduduk Israel pada masa depan," katanya, sambil menyifatkan tindakan kerajaan itu sebagai 'bertanggungjawab, gigih dan tenang tanpa merujuk kepada serangan Israel ke atas Syria, baru-baru ini. - REUTERS


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Luar_Negara/20130520/lu_05/Israel-mahu-lancar-banyak-serangan#ixzz2Tw2BflIq
© Utusan Melayu (M) Bhd 

No comments:

Post a Comment