20 Mei 2013
DAMSYIK - Presiden Syria, Bashar al-Assad, kelmarin mengalu-alukan inisiatif keamanan yang dicadangkan oleh Rusia dan Amerika Syarikat (AS) bagi menamatkan perang saudara yang tercetus sejak lebih dua tahun di negara itu.
"Sebelum ini, kami seperti tidak yakin dengan 'usaha' beberapa negara Barat yang kononnya mahu menyelesaikan konflik di Syria. Namun, kami berharap persidangan antarabangsa tersebut akan membantu Syria mengatasi krisis pada masa ini," jelas beliau, dipetik dari laporan AFP.
Bagaimanapun, menerusi wawancara bersama wakil akhbar Argentina, Clarin dan Telam, Assad menegaskan bahawa beliau tidak akan meletak jawatan walaupun digesa banyak pihak termasuk Setiausaha Negara AS, John Kerry untuk berbuat demikian.
Selain itu, beliau turut menafikan sekeras-kerasnya bahawa tentera kerajaan ada menggunakan senjata kimia untuk membunuh rakyatnya.
"Tuduhan tersebut sememangnya tidak berasas kerana jika senjata kimia itu digunakan, ia akan menyebabkan kematian ratusan ribu penduduk dalam tempoh singkat," katanya.
Dalam satu kenyataan, Assad juga menolak dakwaan bahawa kerajaan ada menggunakan pejuang dari luar Syria untuk bertempur dengan Tentera Pembebasan Syria (FSA).
"Sememangnya ada pengikut Hizbullah menetap di Syria, tetapi mereka telah lama meninggalkan negara ini sebelum konflik tercetus dan kami percayai mereka tidak campur tangan dalam konflik ini," menurut beliau lagi.

No comments:
Post a Comment