Assad
Assad
DAMSYIK - Presiden Syria, Bashar al-Assad mengesahkan beliau bersetuju menghadiri persidangan damai yang bakal diadakan di Geneva tetapi bersyarat.

Katanya, beliau hanya akan menghantar perunding dalam rundingan itu.

“Kami akan menghadiri persidangan ini sebagai deligasi rasmi dan wakil sah rakyat Syria,” kata Assad dalam satu temubual dengan stesen TV tempatan, semalam.

Beliau bagaimanapun agak tidak berpuas hati kerana pembangkang meletakkan syarat dalam persidangan itu.

“Kita menyokong persidangan itu tetapi mengapa mesti ada syarat diletakkan? Syarat pembangkang ini memang kita tidak boleh terima atau lebih baik kami tidak hadir dalam persidangan itu.

"Jadi tunggu dan lihat saja,” kata Assad.

Rusia dan Menteri Luar Syria kedua-duanya berkata, Assad bersetuju mengambil bahagian dalam persidangan itu tetapi pihak pembangkang menuntut untuk mendengar pengesahan dari  Assad sendiri.

Dalam temubual itu, Assad turut mengsahkan yang pihaknya tidak akan berunding dengan pihak pembangkang dalam rundingan itu.