Sunday 9 June 2013

Tentera Syria tawan keseluruhan daerah Qusayr


BEIRUT 9 Jun - Tentera yang setia kepada Presiden Bashar al-Assad telah merampas keseluruhan kawasan Qusayr di tengah Syria, lapor stesen televisyen tempatan hari ini.
"Tentera wira kami telah mengembalikan keselamatan di Bweida Timur,"’ lapor siaran itu lagi.
Kampung itu merupakan kubu terakhir pemberontak di Qusayr yang merupakan lokasi strategik kerana ia berhampiran dengan sempadan Lebanon dan menghubungkan Damsyik ke kawasan pantai.
Qusayr berjaya ditawan tentera kerajaan yang dibantu pergerakan Hezbollah selepas peperangan selama hampir tiga minggu. - AFP


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Luar_Negara/20130609/lu_01/Tentera-Syria-tawan-keseluruhan-daerah-Qusayr#ixzz2VfntVEVW
© Utusan Melayu (M) Bhd 

No comments:

Post a Comment