Saturday 27 July 2013

150 orang tentera Syria terbunuh di Khan al-Assal

BEIRUT 27 Julai - Sekurang-kurangnya 150 tentera Syria terbunuh dalam pertempuran dengan pemberontak yang cuba menguasai bandar strategik Khan al-Assal, di utara wilayah Aleppo, kata kumpulan pemerhati semalam.
Badan Pemantau Hak Asasi Manusia Syria berkata, lebih 50 askar negara itu dibunuh pemberontak selepas kejatuhan Khan al-Assal pada Isnin lalu manakala selebihnya terbunuh dalam pertempuran ketika tentera yang setia kepada Presiden Bashar al-Assad mempertahankan kubu terakhir mereka di barat wilayah Aleppo.
30 daripada yang berjaya dibunuh dalam dua pertempuran itu merupakan pegawai tentera Syria.
Pemberontak telah berbulan-bulan cuba menguasai bandar itu yang akhirnya berjaya dikuasai mereka namun pertempuran masih terus berlaku selepas itu. - AFP


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Luar_Negara/20130727/lu_01/150-orang-tentera-Syria-terbunuh-di-Khan-al-Assal#ixzz2aEP2SbFF
© Utusan Melayu (M) Bhd 

No comments:

Post a Comment