Saturday 27 July 2013

MENGAPA TIADA SERUAN JIHAD SECARA RASMI DI MALAYSIA?



Kami menerima beberapa soalan dan kritikan terhadap tindakan beberapa NGO dan parti Islam di Malaysia kerana tidak mengisytiharkan jihad di Syria. Ingin kami tekankan, perkara pertama yang sepatutnya diperjelas dan dipersoalkan adalah apa sebenarnya dasar kerajaan Malaysia dalam isu Syria?

Untuk makluman semua rakyat Malaysia, sehingga ini dasar kerajaan Malaysia masih lagi mengiktiraf Basyar sebagai kerajaan di Syria. Kerajaan Malaysia juga masih mempertahankan hubungan diplomatik dengan kerajaan Basyar. Oleh kerana itulah sehingga kini kita masih belum kedengaran apa-apa kritikan atau respon kerajaan dalam isu Syria.

Bagi kami, perkara ini perlu diperbetulkan dahulu iaitu berkenaan dasar kerajaan dalam isu Syria. Malaysia perlu mencontohi apa yang dilakukan oleh kerajaan Mesir yang tidak mengenakan apa-apa tindakan kepada rakyatnya yang berjihad di Syria dan Mesir juga menyatakan kritikan keras terhadap rejim Basyar.

#pray4syria #freesyria #malaysia
 —

No comments:

Post a Comment