Saturday 27 July 2013

kisah menyayat hati dari seorang ibu tua

Saksikan kisah menyayat hati dari seorang ibu tua yang terpaksa keluar dari perkampungan Ghouta Timur ke Kota Damsyik untuk mencari sedikit roti dan beberapa barangan keperluan lain untuk isi rumah mereka. Ibu tua ini telah menceritakan bagaimana dia dipaksa untuk menunggu di ‘checkpoint’ selama 7 jam untuk keluar bersama makanan, tetapi akhirnya dia tetap tidak dibenarkan membawa makanan bersama. 

Tentera regim telah mengarahnya supaya memijak Al-Quran untuk membenarkan dia melepasi ‘checkpoint’. 

“Aku lebih rela kaki aku dipotong dari memijak Al-Quran”
“ Ya Allah, ampunkanlah aku” Si ibu tua hanya mampu meratapi nasibnya.

Untuk beberapa bulan lamanya, penduduk di Ghouta Timur di luar Bandar Damsyik desa telah melalui kesengsaraan kerana berhadapan dengan jenayah perang Rejim Basyar yang telah melakukan sekatan sepenuhnya, dengan memotong bekalan elektrik dan air, menutup semua jalan-jalan yang menjadi penghubung untuk membawa/menyampaikan bekalan dari kawasan luar, menghalang dari membawa masuk barang-barang keperluan untuk sumber makanan penduduk dan memusnahkan segala kemudahan infrastruktur. Terdapat lebih daripada 5 juta orang yang di Timur Ghouta, termasuk penduduk tempatan dan pelarian yang meninggalkan rumah mereka kerana serangan yang teruk dari tentera rejim.

http://www.youtube.com/watch?v=fh-d7ku1rG4&feature=youtu.be

No comments:

Post a Comment