Saturday 27 July 2013

Sesuatu yang menakutkan kita.

Sesuatu yang menakutkan kita. Maafkan saya kerana sudah seminggu sebenarnya saya simpan link video ni. Saya terfikir-fikir patut atau tidak untuk saya kongsikan...akhirnya saya mengambil keputusan untuk kongsikan untuk kesedaran semua. Isu yang agak sensitif. Mungkin ramai yang telah sedar, tapi dalam masa yang sama tentu mungkin ramai yang masih belum sedar.

Sekumpulan 'pendakwah' kristian dari USA telah 'meraikan' saudara-saudara seakidah kita dari Syria yang telah menjadi pelarian di Jordan, di sebuah gereja di negeri itu. Apa yang amat menakutkan dan membimbangkan kita ialah mereka telah mengambil kesempatan untuk berdakwah dan menyebarkan agama anutan mereka atas kesempitan saudara Syria kita. Mereka menunjukkan kasih sayang dan memberi keyakinan bahawa rakyat Syria akan selamat bersama mereka.

Mungkin ramai yang pernah dengar satu ayat yang sering disebut-sebut "Kefakiran boleh membawa kekufuran" Tapi ini lebih dari itu. Ia melibatkan akidah! Kita semua akan turut sama menerima saham di akhirat nanti. Untuk pengetahuan semua, mengikut satu sumber, seramai 100,000 orang 'pendakwah' Kristian dari USA telah dihantar ke seluruh pelusuk Asia Tengah, Asia Tenggara dan Afrika Selatan bagi tahun 2013 untuk penyebaran agama mereka.

Di sini saya ingin menyeru semua, bantulah mereka. Dermalah walau berapa pun jumlahnya. Mereka sangat memerlukan sokongan dalam bentuk kewangan sekarang. Tentu ramai sahabat dah subscribe Page Tangisan Syria Di Bumi Jordan. Anda boleh menderma terus ke page tersebut kerana mereka adalah paling hampir dengan pelarian-pelarian Syria di Jordan sekarang. Saya merayu kepada semua...dermalah semampu anda demi menyelamatkan Agama Allah ini. Tonton video ini hingga tamat, baru anda akan mengerti tahap keseriusannya. Saya telah share video ni kepada admin page Tangisan Syria di Bumi Jordan, mungkin anda semua boleh menghubungi beliau untuk lebih maklumat bagi menyalurkan bantuan. Saya dulukan dengan ucapan terima kasih. Jazakumullahu khair.

https://www.youtube.com/watch?v=nRQyWflAs1c&feature=youtube_gdata_player

No comments:

Post a Comment