Saturday 7 September 2013

Parlimen Syria gesa Kongres AS tolak serangan


Damsyik: Ketua Parlimen Syria semalam menggesa Kongres Amerika Syarikat agar mengundi menentang tindakan ketenteraan yang disasarkan ke atas rejim Bashar al-Assad.

“Kami menggesa anda agar tidak mengambil tindakan melulu kerana anda mempunyai kuasa untuk melencongkan Amerika Syarikat dari hala tuju peperangan kepada diplomasi,” kata agensi berita kerajaa SANA memetik kenytaan ketua Parlimen, Jihad al-Lahham sebagai berkata.


Mesej itu ditujukan kepada setiap anggota Kongres AS sebelum mereka mengundi terhadap permintaan Presiden Barack Obama untuk kelulusan menggunakan tindakan ketenteraan terhadap Syria. Obama mencadangkan serangan terbatas sebagai tindak balas kepada dakwaan serangan senjata kimia pada 21 Ogos lalu yang dikatakan Washington dijalankan rejim Syria walaupun dinafikan pihak terbabit. - AFP

No comments:

Post a Comment