Saturday 7 September 2013

Kedutaan AS undur diplomat, kakitangan


Beirut: Kedutaan Amerika Syarikat semalam mengundurkan kakitangan kurang penting dan keluarga diplomat kerana ‘ancaman terhadap kemudahan dan anggota misinya di Beirut.’

Kedutaan itu bagaimanapun tidak menjelaskan secara terperinci ancaman berkenaan atau jumlah mereka yang diundurkan.


Langkah itu dibuat ketika Presiden Amerika Syarikat Barack Obama mendesak Kongres meluluskan serangan tentera terhadap Syria sebagai tindak balas terhadap serangan senjata kimia yang Washington dakwa dilakukan tentera Presiden Bashar al-Assad ke atas orang awam 21 Ogos lalu.

Potensi serangan yang hendak dilancarkan ke atas Syria meningkatkan ancaman tindak balas serantau, termasuk oleh pergerakan kumpulan Hizbullah di Lubnan yang menyokong Bashar. - AFP

No comments:

Post a Comment