Wednesday 15 January 2014

PBB rayu EU bantu pelarian Syria

PBB rayu EU bantu pelarian Syria
Pelarian Syria semakin terhimpit ketika musim sejuk.
15 Januari 2014

NEW YORK - AMERIKA SYARIKAT. Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) dan Suruhanjaya Eropah merayu Kesatuan Eropah (EU) supaya menerima keputusan penyelesaian sementara penempatan jutaan pelarian Syria.

Pesuruhjaya PBB bagi Pelarian Antonio Guterres berkata kepada Al-Jazeera, setakat ini lebih daripada 2.1 juta pelarian dari Syria berada di Jordan, Lebanon, Turki dan Iraq.

“Ribuan lagi pelarian masih berada di luar sempadan Syria dan tidak mempunyai akses bantuan. Jika mereka tidak mahu menerima pelarian ini, krisis kemanusiaan akan merebak kepada masalah politik. Kami harap, EU melonggarkan syarat kemasukan pelarian ke negara mereka,” katanya.

Menurutnya, sehingga kini pihaknya tidak mendapat sebarang reaksi positif dari negara tersebut.

“Saya telah berkali-kali menyeru semua negara, terutamanya di Eropah dan Timur Tengah supaya melanjutkan dan membenarkan pelarian Syria mendapat akses suaka bagi menikmati perlindungan berkualiti ,” katanya. 

No comments:

Post a Comment