Wednesday 15 January 2014

Pertubuhan kebajikan Turki diserbu


Ankara: Polis antikeganasan Turki semalam menyerbu pejabat sebuah pertubuhan kebajikan Islam kerana didakwa membekalkan senjata ke Syria.

Presiden Yayasan Bantuan Kemanusiaan (IHH) Huseyin Oruc mengesahkan polis memeriksa premis mereka di Kilis yang terletak berhampiran sempadan Syria.


“Kami menganggapnya sebagai taktik kotor.

“Polis tidak memberi sebarang sebab bagi tindakan mereka,” katanya.


Penyelaras media IHH Serkan Nergis berkata, operasi berkenaan dilakukan unit antikeganasan tempatan.


“Kakitangan kami dihalau keluar dari premis ini malah pihak polis mahu merampas beberapa dokumen,” katanya.

Kerajaan Turki berulang kali menafikan menghantar senjata kepada pejuang antikerajaan yang cuba menyingkirkan Presiden Bashar al-Assad di Syria.

Bagaimanapun, Disember lalu, media tempatan mendedahkan dokumen kerajaan serta PBB yang membuktikan Turki menghantar 47 tan senjata kepada musuh Bashar sejak Jun tahun lalu. - AFP

Artikel ini disiarkan pada : 2014/01/15

No comments:

Post a Comment