Wednesday 15 January 2014

syria berdarah

Terdapat beberapa laman facebook yang menyebarkan fitnah anti-FSA. Ia memalukan apabila terdapat ramai umat Islam yang kurang berpengetahuan tentang pendidikan Syariah dan sirah Islam.

Mungkin ada yang belum mengajar saudara-saudara kita tentang peristiwa Nabi Muhammad SAW yang membeli senjata daripada Musyrikin. Pembelian tersebut termasuklah 100 bilah pedang dan perisai.

Jika FSA ‘kafir’ kerana membeli senjata daripada Amerika Syarikat dengan duit mereka sendiri, selepas semua gagal membantu mereka termasuklah admin dan pengikut-pengikut ‘keyboard warrior' mereka, adakah mereka juga ingin melabel Nabi Muhammad saw sebagai kafir?

Dimanakah para takfiri mendapatkan senjata mereka? Daripada pakatan Muslim? Kami tahu mereka juga mendapatkan senjata mereka daripada Russia dan Israel, tetapi kami tidak memanggil mereka Kafir. Kami bukan takfiri dan kami tahu hukum Syariah mengenai pembelian senjata daripada Kuffar.

(( رُوي أنه لما أجمع رسول الله صلى الله عليه وسلم السير إلى هوازن ليلقاهم، ذُكر له أن عند صفوان بن أمية أدراعاً وسلاحاً، فأرسل إليه وهو يومئذ مشرك فقال: (يا أميّة أعِرنا سلاحك هذا نلقَ فيه عدونا غداً. فقال صفوان: أغصباً يا محمد؟ قال: بل إعارة مضمونة حتى نؤديها لك. فقال: ليس بهذا بأس، فأعطاه مائة درع بما يكفيها من السلاح، فسأله رسول الله صلى الله عليه وسلم أن يكفيهم حمْلها ففعل). فهذا واضح فيه أن الرسول استعان بكافر بأخذ السلاح منه، وهو وإن كان فرداً إلاّ أنه رئيس قبيلة. على أن مجرد أخذ السلاح من كافر دليل على جواز الاستعانة بالكافر بأخذ السلاح منه مطلقاً ما لم يَرِد دليل يخصص عدم الاستعانة به كدولة كما هي الاستعانة بالقتال. ولكنه لم يَرِد دليل يمنع أخذ السلاح من دولة))

Wahai saudara saudari, taksub bukan mesej Islam. Kami berdoa agar Allah SWT membimbing anak-anak muda Muslim kami ke jalan yang benar.

Jazakumullah khair.

No comments:

Post a Comment