Sunday 28 August 2016

300,000 pelarian dijangka tiba di Jerman

AHAD, 28 OGOS 2016 @ 9:25 AM

KETUA Pejabat bagi Pendatang dan Pelarian Persekutuan (BAMF), Frank-Juergen Weise. - Foto Reuters

BERLIN: Ketua Pejabat bagi Pendatang dan Pelarian Persekutuan (BAMF) menjangkakan maksimum 300,000 pelarian akan tiba di Jerman pada tahun ini. "Kami bersiap sedia menerima 250,000 hingga 300,000 pelarian tahun ini," kata Frank-Juergen Weise kepada akhbar Bild am Sonntag dalam ruangan komen yang disiarkan hari ini. Rakyat Jerman cenderung menggunakan perkataan 'pelarian' untuk merujuk kepada kepada pendatang dan pelarian yang mendapatkan perlindungan di negara itu tetapi tidak mempunyai status pelarian.

Weise menambah jika bilangan lebih ramai berbanding jangkaan, pejabatnya akan berada dalam tekanan tetapi menegaskan beliau tidak bimbang dengan senario itu, berkata ia berkemungkinan kurang daripada 300,000 yang akan tiba tahun ini.

Katanya, Jerman menerima lebih sedikit pendatang pada 2015 berbanding yang dijangka kerana sebahagiannya mendaftar dua kali manakala sebahagian berpindah pergi destinasi lain. "Kami akan membentangkan jumlah sebenar tidak lama lagi tetapi sudah pasti tidak sampai sejuta yang tiba di Jerman tahun lalu," katanya.

 Dipercayai 1.1 juta pendatang memasuki ekonomi terbesar Eropah itu pada 2015 selepas melarikan diri daripada perang dan kemiskinan di negara asal mereka. Weise berkata, ia mengambil masa panjang dan kos tinggi untuk membawa masuk pendatang baru ke dalam pasaran buruh.

Katanya, 70 peratus pendatang yang tiba cergas untuk bekerja tetapi majoriti daripada mereka bergantung kepada syarat keselamatan sosial asas sebelum berjaya mendapatkan kerja. - REUTERS

Selanjutnya di : http://www.bharian.com.my/node/187425

No comments:

Post a Comment