Thursday 4 April 2013

4 TERBUNUH DALAM SERANGAN MORTAR BERHAMPIRAN IBU NEGARA SYRIA



Satu serangan mortar oleh kumpulan militan bersandarkan kuasa asing di Syria telah membunuh sekurang-kurangnya empat orang berhampiran ibu kota Damsyik.

Stesyen televisyen Syria melaporkan bahawa peluru mortar pada hari Selasa memusnahkan perumahan di bandar Mukailabieh, yang terletak berhampiran Damsyik.

Ia berkata bahawa mangsa kejadian termasuk dua orang kanak-kanak.

Juga pada hari Selasa, beberapa orang tercedera dalam serangan mortar di Perkebunan al-Fayha'a di tengah Damsyik.

Tembakan mortar dilaporkan berlaku selepas angkatan tentera Syria mengagalkan percubaan penyusupan anggota kumpulan militan untuk memasuki negara terbabit melalui sempadannya dengan Lubnan.

Sumber keselamatan berkata beberapa kumpulan pengganas terbunuh dan cedera dalam adegan tembak-menembak manakala selebihnya melarikan diri ke wilayah Lubnan.

Dalam kejadian berasingan, satu unit Angkatan Bersenjata Syria berhadapan dengan serangan kumpulan pengganas di pusat pemeriksaan tentera di pinggir bandar Homs, insiden telah membunuh dan mencederakan penyerang.

Syria telah mengalami pergolakan sejak bulan Mac 2011. Ramai orang awam, termasuk sejumlah besar pasukan tentera Syria dan anggota keselamatan, telah terbunuh dalam keganasan.

Damsyik berkata bahawa huru-hara sedang dirancang dari luar negara, dan terdapat laporan bahawa sebilangan besar anggota kumpulan militan adalah warga asing.

Beberapa pertubuhan hak asasi manusia antarabangsa telah menuduh kumpulan militan yang ditaja kuasa asing melakukan jenayah perang.

Sumber Berita Press TV

No comments:

Post a Comment