Thursday 4 April 2013

ULAMA SUNNI SYRIA MENGUTUK PENYEMBELIHAN MANUSIA DI ALEPPO


Seorang ulama Sunni Syria terkemuka telah mengutuk pembunuhan dan kezaliman ke atas ulama yang pro-kerajaan oleh kumpulan militan bersandarkan kuasa asing di bandar barat laut Aleppo.

Bercakap pada satu wawancara TV pada hari Sabtu, Abdul Qadir Shehabi, yang merupakan ketua Pejabat Endowmen Aleppo, berkata pembunuhan Sheikh Hasan Seifeddine menunjukkan bahawa kumpulan pengganas di Syria tidak keberatan untuk melakukan apa-apa jenis jenayah terhadap negara Syria.

Ulama di Aleppo terbabit menyatakan bahawa kumpulan pengganas berusaha untuk membinasakan dan merompak negara Syria dan membunuh orang dalam usaha untuk mendapat penghargaan dari Amerika Syarikat dan sekutu-sekutunya.

Shehabi berhujah dengan mengatakan bahawa ketika kumpulan pengganas berbangga dengan kebebasan dan demokrasi, mereka menyerang rakyat semata-mata kerana alasan rakyat mencintai negara mereka iaitu Syria.

Menurut TV Syria Al-Ikhbariya, kumpulan militan, yang dikatakan anggota kumpulan pengganas Barisan al-Nusra, memenggal kepala Seifeddine dan mereka mengantung kepalanya di atas menara Masjid Al-Hassan, di masjid yang sering digunakan beliau untuk memimpin solat.

Agensi berita rasmi Syria SANA berkata bahawa badan Seifeddine telah "dicincang" selepas "pembunuhan."

Sementara itu, Shehabi berkata bahawa kumpulan pengganas juga menculik anak Seifeddine enam bulan lalu dan nasibnya sampai hari ini masih tidak diketahui.

Ulama Syria mengecam pembunuhan beramai-ramai, kemusnahan struktur masjid dan menggunakan anak-anak muda dalam operasi kumpulan pengganas sebagai "tidak boleh diterima" dan menyatakan bahawa negara Syria tidak mahu definisi kebebasan dalam arti kata Barat.

Shehabi menegaskan bahawa mereka yang mengeluarkan Fatwa bagi pembunuhan rakyat dan pementasan perang di Syria adalah bukan orang yang beragama Islam dan mereka berusaha untuk merosakkan Islam dengan menyebarkan potret AS Zionis dalam Islam mahupun kepercayaan.

Pembunuhan Seifeddine terjadi hampir 10 hari selepas anggota kumpulan pengganas meletupkan dirinya di dalam Masjid al-Iman di ibu negara, Damsyik, membunuh ulama Sunni yang terkenal Sheikh Mohammad Said Ramadan al-Bouti dan 40 yang lain, manakala mencederakan lebih daripada 80 orang.

Sumber Berita Press TV

No comments:

Post a Comment