Thursday 4 April 2013

ISRAEL DAN IRAN CUBA MAIN WAYANG.

Dipetik dari laman facebook : Rakyat Malaysia Bersama Revolusi Syria

ISRAEL DAN IRAN CUBA MAIN WAYANG.

Ramai yang menanyakan soalan kepada kami berkenaan isu Israel menyerang Syria yang dilaporkan oleh media-media Barat sebagai untuk melemahkan rejim Basyar. Kami ingin mengingatkan para pengunjung agar berhati-hati dalam melihat permainan wayang yang cuba dimainkan ini.

Ini respon kami :

1) Serangan tersebut hanya secebis yang dilakukan oleh Israel sebagai untuk mengalihkan perhatian umat Islam agar bersimpati kepada pihak rejim. Jangan lupa sejarah kejatuhan Khilafah Turki Uthmaniyah, yang mana musuh sanggup mencipta satu peperangan antara Kamal Attaturk dan tentera Yunani dengan tujuan untuk membersihakan Kamal pada pandangan rakyat Turki.

2) Jika sekiranya benar rejim dan Israel bermusuhan, mengapa sejak dahulu isu bukit Golan yang diserahkan oleh Hafiz Asad kepada Israel tidak pernah diselesaikan oleh rejim Basyar.

3) Kami juga pernah melaporkan berita berkenaan bantuan yang diterima oleh rejim Basyar sebelum ini apabila tentera mereka dikepung oleh mujahidin di sempadan Bukit Golan. Jika mereka bermusuh, mengapa bantuan tersebut diterima oleh rejim Basyar?

4) Kami bersetuju dengan persoalan yang ditimbulkan oleh Syaikh Muaz Khatib iaitu mengapa rejim tidak menghantar satu pun pesawat untuk menangkis serangan tersebut? Malahan, mereka membiarkan pesawat Israel tersebut memasuki ruang udara Syria.

5) Walaubagaimanapun, kami mengutuk segala campurtangan kuasa luar dalam menangani isu yang berlaku di Syria sebagaimana campur tangan yang dilakukan oleh Iran, Iraq, Rusia dan pakatan Syiah Teluk yang lain.

Kami akan laporkan permainan wayang ini dari masa ke semasa. Hati-hati dengan musuh Islam yang cuba mengelirukan masyarakat dunia.

Hulurkan tangan anda, ringankan beban mereka. Salurkan sumbangan anda ke :

NAME : GABUNGAN SALAM SYRIA
IN MALAYSIA : MAYBANK: 5622-1820-7666
OUTSIDE MALAYSIA : SWIFT CODE : MBBEMYKL
EMAIL: malaysia4syria@gmail.com
Tel no: +603-61770786/ +6013-2226057

Sumber : http://www.facebook.com/photo.php?fbid=492929417414900&set=a.308919245815919.66818.308664102508100&type=1&theater

No comments:

Post a Comment