Thursday 4 April 2013

'TENTERA VETERAN AS YANG BERTEMPUR MELAWAN KERAJAAN SYRIA BEKERJA UNTUK CIA'


Seorang bapa kepada Tentera veteran AS yang baru-baru ini ditangkap oleh FBI kerana menyertai kumpulan militan bersandarkan kuasa asing di Syria mengatakan anaknya telah berkhidmat CIA dan melaporkan kembali maklumat kepada Agensi dari negara terbabit.

Darryl Harroun berkata bahawa Eric anaknya, yang telah ditahan dan didakwa dengan konspirasi pada hari Rabu kerana berjuang dengan kumpulan militan berkaitan al-Qaeda, adalah dia (Eric) amat bersikap patriotik dan tidak mungkin akan menyertai kumpulan militan.

"Saya tahu dia telah melakukan beberapa kerja untuk CIA di sana," kata Darryl. "Saya tahu hakikatnya bahawa dia telah menyampaikan maklumat kepada CIA."

Walau bagaimanapun, akuan bertulis FBI tidak menyebut tentang kerjasama Harroun dengan CIA.

Harroun, 30 tahun, telah ditangkap apabila tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Dulles di Virginia, selepas berjuang dengan kumpulan pengganas terkenal al-Qaeda berkaitan dengan kumpulan Barisan al-Nusra di Syria sejak bulan Januari.

Askar berkenaan yang ditahan telah mengaku menembak 10 orang dan menggunakan bom roket buatan tangan semasa di Syria dan terlibat dalam menembak jatuh sebuah helikopter Syria. Beliau juga didakwa berkomplot untuk menggunakan senjata pemusnah besar-besaran di luar AS.

Harroun telah muncul dalam beberapa rakaman video di Internet yang menunjukkan dia bersama dengan kumpulan militan di Syria.

Sementara itu New York Times berkata dalam satu laporan minggu lepas bahawa CIA telah bekerjasama dengan Turki dan beberapa kerajaan serantau lain untuk membekalkan senjata kepada kumpulan militan yang memerangi kerajaan di Syria.

Laporan itu disiarkan ekoran AS telah berulang kali menyuarakan kebimbangan terhadap kelengkapan senjata jatuh ke tangan kumpulan pengganas al-Qaeda.

Al-Nusra telah dinamakan sebagai sebuah organisasi kumpulan pengganas oleh Washington pada bulan Disember yang lepas, walaupun ia telah berjuang dengan Tentera Pembebasan Syria bersandarkan Tentera AS dalam pertempuran terhadap Damsyik.

Sumber Berita Press TV

No comments:

Post a Comment