Thursday 4 April 2013

TENTERA SYRIA BERJAYA MENGHAPUSKAN RAMAI ANGGOTA KUMPULAN MILITAN DI PINGGIR DAMSYIK



Pasukan tentera Syria telah membunuh puluhan anggota kumpulan militan yang ditaja kuasa asing semasa operasi pembersihan di pinggir ibu kota Damsyik.

Pada hari Isnin, beberapa anggota kumpulan militan terbunuh semasa pertempuran sengit dengan pasukan tentera Syria di bandar Yelda, yang terletak di pinggir selatan Damsyik, agensi berita rasmi SANA melaporkan.

Angkatan tentera Syria juga terlibat dalam pertempuran dengan lelaki bersenjata di kawasan Najha, dan membunuh puluhan daripada mereka dalam proses terbabit.

Di samping itu, beberapa tempat persembunyian kumpulan pengganas telah diserbu oleh pasukan Syria semasa operasi pembersihan di bandar-bandar al-Hejjeira dan al-Ziyabiyeh. Puluhan lelaki bersenjata bersandarkan kuasa asing terbunuh dan sejumlah besar kelengkapan senjata turut musnah.

Satu unit Tentera Syria juga membunuh kumpulan militan di daerah Jubar.

Selain itu, tentera Syria menyerbu tempat persembunyian kumpulan pengganas di kawasan al-Sayyeda Zainab, dan menembak mati ramai anggota kumpulan militan. Mereka juga memusnahkan pelbagai jenis peluru.

Satu unit tentera kerajaan juga membunuh beberapa lelaki bersenjata di bandar Harasta semasa ia menyerang dua buah kenderaan di kawasan itu.

Pergolakan di Syria bermula pada bulan Mac 2011, dan ramai orang awam, termasuk sebilangan besar askar dan anggota keselamatan, telah terbunuh dalam keganasan terbabit.

Kerajaan Syria mengatakan bahawa huru-hara sedang dirancang dari luar negara, dan terdapat laporan bahawa sejumlah besar anggota kumpulan militan adalah warga asing.

Sumber Berita Press TV

No comments:

Post a Comment