Wednesday 3 April 2013

bantulah syria

Kawan baru kami .. Abdul Mubin .. Seorang rakyat Syria, berasal dari Tal, pinggir bandar Dimasyq ..

Ini adalah kisah besar yang ingin kami kongsi bersama ketika pameran kami minggu lepas di Masjid As-Salam, Puchong Perdana ..

Beliau kini tinggal di Cyberjaya, belajar di universiti Lim Kok Weng .. Khamis lepas dia telah melihat “post” kami mengenai pameran kami dan telah bertanyakan berkenaan lokasi pameran kami ..

Pada sabtu itu, kami amat terkejut mengetahui bahawa beliau telah datang dari Cyberjaya ke gerai kami di Puchong Perdana dengan HANYA berjalan kaki, dan untuk jalan beliau hanya menggunakan “google’s map” dan “save” sebagai gambar dalam telefon beliau .. Perjalanan beliau mengambil masa 3 jam dari rumahnya ke tempat kami ..

Kami cukup kagum dengan semangat beliau untuk menyokong kami dan negara tercinta beliau ..
tahniah kepada saudara Abdul Mubin, Semoga Allah/Tuhan memberkati anda bagi setiap langkah yang anda ambil untuk sampai ke pameran kami ..

Beliau benar-benar memotivasikan kami..

Dan ini adalah kisah beliau ketika beliau tinggal di Syria ..
1 tahun yang lalu beliau telah ditahan oleh tentera Asad kerana menyertai demonstrasi, mengambil video dan gambar dan menghantar kepada Al-Jazeera dan Al-Arabiya .. beliau adalah salah satu daripada beribu-ribu yang telah ditahan oleh regim Assad ..

Beliau telah ditahan selama 2 minggu, dan ketika beliau berada di penjara beliau telah diseksa di seluruh badannya, beliau dipukul tanpa teragak-agak dan belas kasihan dan dengan sebab itu lebam-lebam boleh dilihat di mana-mana seluruh tubuh (pada masa itu) dan beliau juga hilang pendengaran telinga kirinya.

Tetapi alhamdulillah Allah/Tuhan itu Maha Pemurah, Dia memberi kembali pendengaran kepada beliau dan lebam-lebam juga hilang ..

Semoga Allah melindungi Syam dan rakyatnya .. terima kasih sekali lagi dan semoga Allah memberi kita kemenangan dan keamanan untuk Syria tidak lama lagi InshaaAllah .. aminn
InsyaAllah kemenangan itu semakin hampir ..

Dari hati rakyat Malaysia ke hati rakyat Syria ..

-------------------------------------------------------------------

This is our new friend.. Abdul Mubin.. He is a Syrian, from Tal, suburb Dimasyq..

This is a great story that we want to share of his experience he shared during our exhibition last week in Masjid As-Salam, Puchong Perdana..

Our brother.. Abdul Mubin, is now living in Cyberjaya, studying at Lim Kok Weng' university.. Last Thursday he saw our post about our exhibition and asked for our exhibition location.. 

It is VERY SHOCKING for us to know that he came all the way from Cyberjaya to our booth in Puchong Perdana only with his two feet, and using the route he googled and the map that he captured and save as picture in his phone.. The journey took him 3 hours from his house to our place..

We were astonished and amazed by his spirit to support us and his beloved country..
BRAVO Brother Abdul Mubin for your extraordinaire spirit, May Allah bless you for every steps that you take to come to our exhibition..

He boast our spirit high..

And this is the story of our new brother when he was living in Syria.. 
1 year ago he was detained by Assad’s army because he join the demonstration and took videos and photos and sent it to Al-Jazeera and Al- Arabiya.. he was from one of thousands who been detained by regim Assad..

He was detained for 2 weeks, and while he was in jail he was been tortured all over his body, he was beaten without hesitation and mercy and due to that bruises can be seen everywhere over his body (during that time) and due to that he also lost his left ear hearing.

But alhamdulillah Allah/God is Kareem, He give back the hearing to this blessful guy and the bruises disappear..

May Allah/God protect the Syam and the people.. tq again and may Allah give us victory and peace for Syria soon InshaaAllah..aminn
InsyaAllah farjan qariban..

From the heart of Malaysian to the heart of Syrian..

--------------
Hulurkan tangan anda, ringankan beban mereka. Salurkan sumbangan anda ke / Help in abundance, maximize your contributions:

NAME : GABUNGAN SALAM SYRIA
IN MALAYSIA : MAYBANK: 5622-1820-7666
SWIFT CODE : MBBEMYKL
EMAIL: malaysia4syria@gmail.com
Tel no: 03 -4141 6732 / +6013-222 6057

No comments:

Post a Comment