Wednesday 3 April 2013

Pertempuran dekat Damsyik



BEIRUT 2 April - Tentera Syria dan pemberontak bertempur di dua kawasan kediaman di Damsyik, hari ini ketika serangan bom dilancarkan di sebuah perkampungan berdekatan ibu negara itu yang menyebabkan empat orang sekeluarga maut.
Badan Pemantau Hak Asasi Syria berkata, pertempuran sengit dilaporkan berlaku di daerah Barzeh, utara Damsyik.
''Serangan bom di kawasan tersebut turut menyebabkan lima orang cedera.
''Pertempuran juga berlaku di luar bandar Jobar berdekatan dataran Abbasiyeen,'' kata badan hak asasi tersebut.
Keganasan semakin meningkat di Damsyik sejak beberapa minggu lalu ketika tentera cuba mengundurkan pemberontak yang cuba menawan ibu negara itu.
Badan Pemantau Hak Asasi Syria berkata, serangan bom di al-Hajar al-Aswad di selatan Damsyik menyebabkan tiga orang terbunuh dan 20 orang awam cedera.
''Di Mqailyabeh, Damsyik, seorang kanak-kanak lelaki berumur tiga tahun, kakaknya yang berumur lima tahun serta ibu dan neneknya terbunuh dalam serangan tentera.
''Serangan hari ini berlaku sehari selepas sekurang-kurangnya 150 orang termasuk 69 orang awam, 44 pemberontak dan 37 askar maut,'' kata badan hak asasi itu.
Bulan lalu menyaksikan jumlah kematian paling tinggi sejak konflik berdarah itu bermula di Syria dua tahun lalu apabila lebih 6,000 orang terbunuh. - AFP


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Luar_Negara/20130403/lu_05/Pertempuran-dekat-Damsyik#ixzz2PNZgkfp1
© Utusan Melayu (M) Bhd 

No comments:

Post a Comment