Wednesday 3 April 2013

Krisis Syria: Mac bulan paling banyak kematian


LONDON - Lebih 6,000 maut di Syria Mac lalu dan merupakan bulan yang melibatkan paling banyak kematian sejak bermula protes terhadap kerajaan dua tahun lalu.

Badan Pemerhati Syria bagi Hak Asasi Manusia (SOHR) yang berpangkalan di United Kingdom (UK) mencatatkan kematian bulan lalu berjumlah 6,005.

Mangsa termasuk sekurang-kurangnya 291 wanita, 298 kanak-kanak, 1,486 pemberontak dan 1,464 lagi melibatkan kematian tentera kerajaan.

Mangsa lain pula melibatkan orang awam dan sebahagiannya tidak dapat dikenal pasti.

Pemerhati mendakwa yang jumlah sebenar kematian adalah lebih tinggi iaitu sebanyak 62,554 kematian direkodkan.

“Kami menganggarkan jumlah yang maut adalah kira-kira 120,000 orang,” kata ketua kumpulan pemerhati, Abdelrahman kepada Reuters.

Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) berkata lebih daripada 70,000 orang terbunuh di Syria sejak pemberontakan bermula.

No comments:

Post a Comment