Wednesday 5 June 2013

6 maut pertempuran terbaru Lubnan



5 Jun 2013
TRIPOLI - Seramai enam terbunuh dalam pertempuran di utara Tripoli apabila lelaki bersenjata menyerang pelabuhan selatan Sidon, kelmarin.

Pertempuran tersebut merupakan kejadia terbaru selepas 29 orang terbunuh bulan lalu dalam pertempuran dasyat di antara lelaki bersenjata semasa pertempuran antara penyokong dan kumpulan penentang Presiden Bashar al-Assad.

Konflik Syria kini merebak sehingga ke Lubnan dan sehingga kini 80,000 maut akibat konflik politik itu.

Ahad lalu, 12 orang terbunuh di Lubnan dalam pertempuran di antara pro-Assad dan pemberontak Syria.

Di Sidon, lelaki bersenjata turut menembak ulama utama, Maher Mahmoud yang sedang dalam perjalanan ke masjid bagi menunaikan solat Subuh.

No comments:

Post a Comment