Wednesday 5 June 2013

Perancis dakwa ujian sahkan gas sarin digunakan di Syria


PARIS: Menteri Luar Perancis, Laurent Fabius berkata ujian yang dijalankan mengesahkan bahawa gas sarin digunakan beberapa kali di Syria.

Dalam satu kenyataan semalam, Fabius berkata sampel yang diambil dari Syria dan diuji di makmal di Perancis membuktikan kewujudan sarin dalam sampel berkenaan.
Sehubungan itu, Fabius berkenaan Perancis yakin bahawa gas sarin telah digunakan beberapa kali dan dengan penggunaan yang berbeza. -

Awal semalam, Laporan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) mengenai Syria menunjukkan terdapat 'alasan munasabah' untuk mempercayai bahawa tedapat penggunaan toksid kimia sebagai senjata yang digunakan dalam sekurang-kurangnya empat serangan dalam perang saudara di Syria.

Namun PBB berkaya, lebih banyak bukti perlu diperoleh untuk mengenal pasti ejen pembekal bahan kimia berkenaan serta pihak yang menggunakannya. - AP 

No comments:

Post a Comment