Wednesday, 5 June 2013

Perang: Islam Vs Syiah Nusairiyah


Tidak ramai umat Islam yang tahu tentang peristiwa yang sedang berlaku di Syria. Ramai dikalangan umat Islam berfikir bahawa kebiadaban rejim Syria semata-mata berdasarkan kepada kepentingan politik untuk menyelamatkan rejim Parti Baath iaitu Parti Sosialis yang telah mencengkam rakyat Syria selama puluhan tahun oleh kekuatan senjata.
Kebiadaban rejim Baath di Syria juga meremehkan ideologi dan agama. Dalam hal ini, Parti Baath telah dikuasai oleh kumpulan Nusairiyah sejak era Hafizh Al-Asad.
Kelompok Nusairiyah merupakan bahagian dari mazhab Syiah ekstrem yang telah dinyatakan murtad dari Islam oleh seluruh ulama kaum muslimin. Jadi, rejim Syiah ekstrem ketika ini melakukan kebiadaban terhadap majoriti orang-orang yang beragama Islam iaitu Ahlus Sunnah wal Jamaah. Demonstrasi awam melawan kebiadaban tentera Syria benar-benar merupakan pertempuran antara dua agama iaitu Islam vs Nusairiyah.
Tidak menghairankan ketika Iran yang mengaku agama Syiah Imamiyah (juga boleh disebut ShiahItsna Atsariyah atau Syiah Ja’fariyah) sangat kuat memberikan sokongan dalam urusan ketenteraan, ekonomi, dan politik ke Syria.
Bila digabungkan dengan kekuatan Syiah Lebanon (atau nama lain Hizbullah), kekuatan Israel dan Kristian Lubnan yang juga memusuhi Ahlus Sunnah, maka orang Sunni Syria berada dalam kepungan di setiap sudut. Diterjemahkan dari sumber islampos

No comments:

Post a Comment