Wednesday 5 June 2013

Buktikan guna senjata kimia

Buktikan guna senjata kimia
Gambar fail agensi berita Syria, SANA, menunjukkan mangsa serangan kimia di perkampungan Khan al-Assal diberi rawatan. PBB mahu sampel di lokasi serangan

Beirut: Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) semalam percaya senjata kimia sudah digunakan dalam perang di Syria tetapi memerlukan lebih banyak bukti bagi menentukan bahannya dan siapa yang menggunakannya.

Suruhanjaya Siasatan PBB berkata, keputusan muktamad hanya boleh dibuat selepas sampel senjata kimia diuji terus pada mangsa atau lokasi serangan.
Ia juga meminta Damsyik membenarkan sepasukan pakar masuk ke negara itu.


Laporan suruhanjaya itu kepada Majlis Hak Asasi Manusia mengenai pencabulan konflik Syria, menuduh kedua-dua pihak melakukan jenayah perang.

Beri amaran

Dalam mesejnya kepada negara Eropah yang mahu memberi senjata kepada pemberontak Syria, ia memberi amaran pemindahan senjata akan meningkatkan risiko kematian lebih ramai orang awam.

“Jenayah perang dan jenayah kemanusiaan satu realiti di Syria. Ada risiko terhadap manusia apabila semakin banyak senjata mudah didapati,” kata laporan itu.
Setiausaha Agung PBB, Ban Ki-moon sudah melantik satu pasukan untuk menyiasat serangan kimia di perkampungan Khan al-Assal dekat bandar Aleppo.

Kerajaan Syria mahu sebarang siasatan hanya dibuat di wilayah berkenaan saja termasuk Homs.

Askar Syria dilaporkan terbunuh dan cedera di situ yang persalahkan ke atas pemberontak.

Aktivis pembangkang menuduh askar kerajaan sudah menggunakannya enam kali. - AP

No comments:

Post a Comment