Tuesday, 11 June 2013

AS takut Syria guna sistem S-300

AS takut Syria guna sistem S-300AS bimbang Syria akan lebih kuat menentang serangan udara jika memiliki sistem S-300.
WASHINGTON - Amerika Syarikat (AS) mendakwa, ejen risikan mengesan kapal Rusia membawa senjata termasuk sistem peluru berpandu darat (S-300) ke Syria sekali gus mengundang kerisauan terhadap operasi ketenteraan Barat dan Israel, semalam.

Menurut laporan PressTV, Pegawai di Pentagon yang enggan mendedahkan nama, mengesahkan perkara itu walaupun gagal memastikan sama ada barangan di dalam kapal perang itu adalah komponen S-300 atau senjata lain.

Dakwanya, sistem satelit AS mampu mengesan beberapa tanda komponen senjata yang dimuatkan ke dalam kapal perang Rusia itu dan sedang menuju ke Syria.

Lapor CNN, beberapa minggu lalu, AS pernah menggesa Moscow menghentikan penghantaran sistem pertahanan anti udara yang didakwa  memberi laluan untuk Syria menaik taraf pertahanan udara mereka.

Washington turut percaya sistem S-300, bakal menguatkan pasukan ketenteraan Syria menentang serangan udara AS, Israel dan Pertubuhan Perjanjian Atlantik Utara.

No comments:

Post a Comment