Tuesday 11 June 2013

Pembangkang Syria usir tentera negara luar

11 Jun 2013


DAMSYIK - Sebuah kumpulan pembangkang Syria menggesa supaya tentera negara asing yang terlibat dalam konflik negara itu meninggalkan Syria tanpa mengira sama ada mereka pro atau anti-kerajaan.

Langkah itu perlu kerana pemberontak mendakwa pejuang Hisbullah Lubnan tiba di Aleppo untuk sama-sama berjuang dengan pasukan yang setia dengan Presiden Syria, Bashar al-Assad.

Hisbullah juga memainkan peranan penting baru-baru ini dengan mengambil alih kota Qusayr oleh kuasa-kuasa kerajaan.

Terdapat juga laporan mengatakan pejuang Kurdis telah menyertai tentera Syria di beberapa kawasan di bandar utama negara itu.

“Kami menyeru supaya pihak yang tidak ada kaitan dengan Syria tetapi mengambil bahagian dalam pertempuran di wilayah Syria supaya meninggalkan negara ini dengan segera,” kata Ketua Badan Penyelarasan Kebangsaan, Hassan Abdul Azim, semalam.

Beliau turut mendakwa pihaknya menganggap tentera luar yang membunuh rakyat Syria merupakan penyerang di negara itu.

Pertubuhan itu merupakan antara gabungan kumpulan pembangkang yang turut berpangkalan di Syria.

Majlis Kerjasama Teluk turut mengutuk campur tangan Hizbullah dalam konflik Syria dalam satu kenyataan pada hari Isnin.

No comments:

Post a Comment