ALEPPO- Pemberontak Syria menembak mati remaja lelaki berusia 15 tahun di hadapan ibu bapa dan adik-beradiknya selepas dituduh kufur.
Remaja malang itu dikenali sebagai Mohammad Katta dan mencari rezeki dengan menjual kopi di kawasan Shaar.
Laporan mendakwa remaja itu bertengkar dengan seorang lelaki pada hari Sabtu lalu dan menggunakan Nabi Muhammad.
Menurut pengarah kumpulan Hak Asasi Manusia, Rami Abdel Rahman, kumpulan pemberontak yang menembak mati remaja berkenaan terdiri dari warga asing.
“Remaja itu ditembak dua kali, sekali di mulut dan sekali lagi di leher,” katanya.
Aktivis turut membidas tindakan yang dilakukan kumpulan pemberontak itu yang disifatkan sebagai pencabulan hak asasi manusia.
No comments:
Post a Comment