Di sana ada Bashar Assad dan rakyat Syria yang dizaliminya. Ulama wibawa dari seluruh Dunia (yang di naungi oleh Prof Dr Yusuf Qardhawi) telah sepakat mengutuk Bashar Assad dan mengeluarkan fatwa supaya menyokong perjuangan rakyat Syria yang dizalimi oleh Basyar Assad. Syeikh Prof Dr Yusuf Qardhawi yakin bahawa kemenangan akan diperolehi rakyat Syria dan berjanji akan turun solat jumaat dan berkhutbah di damsyik apabila peristiwa bersejarah ini menjadi kenyataan. Rabitah Ulama Syria juga menyokong ketetapan dan keputusan Ulama sedunia. Ulama Azhar lebih awal lagi mempunyai pendirian jalur keras ke atas Basyar Assad supaya rakyat Syria terpelihara dari kejahatannya.
Kedengaran pula suara-suara yang meminta supaya tidak menyokong rakyat Syria yang bangkit menentang Basyar Assad kerana mereka didalangi oleh Amerika dan sekutunya Israel. Di setengah negara, rakyat yang bangkit menentang ini dikatakan 'pemberontak'. Sedang di seluruh dunia mereka ini dirujuk sebagai 'tentera pembebasan Syria' (FSA - Free Syria Army). Untuk menyokong dakwaan ini dipaparkan beberapa bukti kononnya 'tentera pemberontak' ini mendapat bantuan dari luar (barat) dan di kesan menggunakan senjata dari Israel.
Apakah saya akan menafikannya? Saya tidak akan menafikannya. Tetapi kita hendaklah menyedari apabila rakyat Syria diperangi oleh kerajaannya sendiri, maka sudah tentu di sana ada pelbagai kecenderungan yang rencam di kalangan rakyat Syria yang bangkit menentang kezaliman Basyar Assad. Walaupun mereka disatukan di bawah satu payung iaitu FSA (Free Syria Army) namun masih wujud pelbagai kumpulan bersenjata yang bebas dan tidak terikat dengan FSA. Tiada siapa yang dapat memantau atau memastikan dari mana mereka memperolehi senjata dan bantuan kewangan. Tetapi baik FSA atau mana-mana kumpulan yang mempertahankan diri mereka mempunyai cara yang tersendiri untuk meningkatkan keupayaan ketenteraan untuk menghadapi tentera Basyar Assad yang menggunakan senjata konvensyenal dan berat (kereta kebal dan jet pejuang) untuk membedil rakyat.
Dalam sejarah rantau nusantara saya bolih kemukakan satu contoh pengalaman serupa. Ketika rakyat Aceh menentang Belanda dari tahun 1873 hingga 1913, pasangan Teungku Umar-Cut Nyak Dien (suami isteri) bolih memberikan gambaran yang selari. Cut Nyak Dien (isteri) adalah pimpinan utama umat Islam Aceh terutama di Meulaboh. Suaminya Teungku Umar telah berkerjasama dengan Belanda sehingga dibekalkan dengan pelbagai senjata oleh penjajah Belanda. ia adalah satu percaturan yang licik di mana selama dua tahun Tengku Umar telah dicop sebagai pengkhianat, tetapi apa yang berlaku ialah Teungku Umar yang diberi kepercayaan oleh Belanda menguasai lapangan sehingga mereka mempunyai keupayaan ketenteraan yang cukup ampuh untuk berhadapan dengan Belanda. Beliau telah 'berpaling tadah' dan menjuadi PENO (public enemy No One) kepada kerajaan kolonial Belanda sehingga sebuah 'board game' yang terkenal seperti 'Monopoly' dicipta di Belanda iaitu 'Teungku Umar Speel' - permainan kanak-kanak yang mana objektifnya ialah untuk membunuh figura Tengku Umar. Di masa yang sama Cut Nyak Dien telah memperoleh bekalan senjatanya dari pedagang-pedagang Portugis yang mengambil kesempatan dari Perang Aceh untuk membina empire perniagaan mereka di Sumatera. Tanyakan sahabat-sahabat kita di Indonesia - siapa yang tidak kenal Cut Nyak Dien yang diangkat sebagai pahlawan Nasional Indonesia.
Adakah sesuatu yang pelik apabila pejuang Syria di kesan menggunakan senjata Israel? Jika benar sekalipun apakah ia satu insiden yang terpencil atau suatu yang 'common place' sehingga secara empirikalnya kita bolih membuat kesimpulan FSA dan pejuang Syria dibekalkan senjata oleh Israel - dan kita membuat kesimpulan dari 'isolated incident' ini untuk melabelo FSA dan pejuang Syria bersekongkol dengan israel?
Ketika saya dan seorang rakan menjalankan kerja kemanusiaan di Mindanao pada tahun 2000 apabila umat Islam di Mindanao (camp Abu bakar) di bedil dan diserang dari udara oleh Kerajaan Filipina, saya melihat sendiri bagaimana pejuang MILF menggunakan senjata tentera Filipina. Dan senjata ini mereka tidak perolehi dari mayat tentera Filipina yang terbunuh dalam peperangan tetapi diserahkan oleh tentera Filipina kepada mereka walaupun mereka sedang berperang di medan terbuka? Kita tidak perlu tahu apa yang berlaku di medan tetapi hakikatnya cukup kompleks. ia tidak semudah kita yang hidup dalam suasana aman di Malaysia ini. 'Their minds are wired differently' kerana mereka berada dalam suasna 'life and death'. Kita juga akan mencari pelbagai helah dan jalan yang tidak konvensyenal untuk mempertahankan nyawa diri dan keluarga di saat genting seperti itu.
Maka nasihat saya tak payahlah duk cari video-video yang terpencil untuk menuduh dan 'membuktikan' pejuang Syria sebagai alat Amerika. satu video yang dipaparkan sebagai bukti pejuang Syria di sokong US ada ribuan video rakyat Syria disembelih oleh tentera Basyar assad. dan saya nak tanya dari mana Basyar Assad mendapat bantuan kewangan dan senjata. Rusia terang-terang menyokong Basyar Assad, begitu juga Cina. Bahkan Iran Syiah terang-terangan membantu tentera Basyara Assad. Kenapa kita tidak sensitif bila Basayar Assad di bantu oleh Rusia tetapi cepat-cepat buat kesimpulan dangkal bahawa FSA dibantu US dan Israel berdasarkan beberapa klip video yang terpencil? Bersikap adil lah dalam membaut penilaian.
Dan akhirnya pegang teguhlah keputusan ulama muktabar. Mereka tidak gopoh dalam membuat satu ketetapan dan pendirian. Mereka mendapat pelbagai maklum balas dari rakyat Syria, gerakan Ialam khususnya Ikhwan Muslimin Syria. Itupun setelah hampir 2 tahun (2012) barulah Pertubuhan Ulama sedunia menggariskan beberapa prinsip untuk memandu umat islam dalam menentukan sikap terhadap Basyara Assad setelah hampir 50,000 rakyat Syria terbunuh. Kini bilangannay sudah mencecah 90,000. dan kita masih lagi berdolak dalih untuk tidak membuat satu pendirian yang betul. Apakah kita lebih rela tidak berbuat apa-apa sedangkan hampir 10 orang kanak-kanak dibunuh oleh Basyar assad setiap hari secara puratanya.?
No comments:
Post a Comment