Friday 6 September 2013

Tentera Syria gempur pemberontak


Beirut: Tentera Syria memerangi pemberontak yang mempunyai kaitan dengan al-Qaeda di perkampungan penganut Kristian yang masih dikuasai kerajaan di barat negara itu untuk hari kedua semalam.

Penduduk Maaloula berkata, kumpulan militan memasuki kampung berkenaan lewat kelmarin.


Pengarah Pemantau Syria Untuk Hak Asasi Manusia, Rami Abdul Rahman berkata, antara pejuang yang diperangi ialah anggota Jabhat al-Nusra.

Kata Rami, walaupun tentera ramai di kampung itu pejuang antikerajaan meronda di jalanan dengan berjalan serta menaiki kenderaan.


“Mereka bertindak mengepung sebuah gereja dan masjid untuk seketika sebelum beredar,” katanya. Pejuang antikerajaan melancarkan serangan ke perkampungan itu - yang berada dalam senarai awal UNESCO sebagai tapak warisan - selepas seorang pejuang Jabhat al-Nusra meletupkan diri di sebuah pos pemeriksaan di laluan masuk ke situ kelmarin. Maaloula didiami kira-kira 3,300 penduduk dengan sesetengahnya masih berkomunikasi dengan bahasa Aramaic yang dipercayai digunakan sejak zaman Nabi Isa. - AP

No comments:

Post a Comment