Thursday 11 February 2016

10 hari 506 mati

Beirut: Serangan oleh rejim Bashar al-Assad yang disokong Russia, mengorbankan lebih 500 orang bulan ini..
Pemerhati Hak Asasi Manusia Syria berkata, 506 orang terbunuh sejak rejim itu melancarkan serangan besar-besaran terhadap pemberontak di wilayah Aleppo pada 1 Februari lalu.
Ini termasuk 23 kanak-kanak yang mati dalam serangan udara Russia, kata kumpulan pemerhati yang berpusat di Britain itu.
Lebih 260,000 orang terbunuh dan separuh lagi rakyat negara itu terpaksa melarikan diri sejak konflik yang bermula pada 2011.
Sementara itu, puluhan ribu penduduk masih terkandas Aleppo, bandar kedua terbesar Syria yang masih dikepung walaupun rayuan dibuat Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) supaya membenarkan orang awam keluar.
Dalam pada itu, Turki yang sudah menerima 2.7 juta pelarian Syria enggan membenarkan kumpulan baru pelarian memasuki negaranya, sebaliknya hanya bersedia menawarkan bantuan kemanusiaan di seberang sempadan Syria.
Hanya orang yang cedera dibenarkan melintas sempadan Oncupinar, tempat kira-kira 30,000 pelarian berkumpul selepas melarikan diri dari serangan rejim Bashar dan tentera Syria di Aleppo.
Kebanyakannya tidur di dalam khemah atau tempat terbuka, berikutan khemah yang disediakan sudah penuh.
Menurut pegawai Turki, 10 rakyat Syria yang cedera dibawa ke hospital di Kilis, selepas pengeboman di bandar Azaz.
Mereka yang melarikan diri dari keganasan menceritakan mengenai kaganasan dan penderitaan yang dihadapi.
“Kanak-kanak mati kerana pengeboman, kelaparan dan kesejukkan. Mereka tinggal di jalan raya dan tidak mempunyai tempat tinggal,” kata Abdul Karim Bahloul di sempadan Turki.
Ancaman keselamatan akibat perang Syria dijangka menjadi agenda mesyuarat dua hari menteri pertahanan NATO di Brussels bermula Rabu, termasuk permintaan Turki untuk mendapatkan bantuan krisis pendatang dan tindak balas lebih tegas ke atas Russia.
Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 11 Februari 2016 @ 8:24 AM


MAYAT bergelimpangan di sebuah hospital selepas serangan udara tentera pro-Syria di al-Saleheen, Aleppo, kelmarin.
- See more at: http://www.hmetro.com.my/node/114048#sthash.hTjmXxuT.dpuf

No comments:

Post a Comment