Thursday 11 February 2016

Lebih 500 maut di Syria angkara rejim Bashar

RABU, 10 FEBRUARI 2016 @ 11:13 PM


WARGA tempatan memeriksa kawasan kediaman mereka yang musnah selepas diserang tentera rejim Presiden Bashar al-Assad. - Foto Reuters
BEIRUT: Lebih 500 orang, termasuk puluhan penduduk awam, terbunuh sejak rejim Presiden Bashar al-Assad melancarkan serangan besar-besaran dibantu Russia di wilayah Aleppo, awal bulan ini.
Pemerhati Syria bagi Hak Asasi Manusia (SOHR), yang bergantung kepada rangkaian sumber bagi mendapatkan perangkaan, berkata keseluruhan 506 termasuk 23 kanak-kanak terkorban dalam serangan udara Russia di Aleppo dan sekitarnya sejak operasi dilancarkan sejak 1 Februari lalu.
"Sekurang-kurangnya 143 militia prorejim, 274 pemisah dan pejuang asing dan 89 penduduk awam terbunuh sejak 1 Februari lalu hingga malam Selasa," kata pengarah SOHR, Rami Abdel Rahman.
Beliau berkata, 14 tentera Iran dan sekurang-kurangnya tiga anggota Hizbullah dari Lubnan maut dalam pertempuran bersama-sama tentera kerajaan.
Abdel Rahman menambah, lebih 100 pejuang asing, termasuk cawangan al-Qaeda di Syria, maut sejak serangan bermula.
Pertempuran semalam berlaku sekitar Tamura, utara Aleppo, dengan serangan udara Russia di beberapa kampung berhampiran, kata SOHR. - AFP

No comments:

Post a Comment