Sunday 25 September 2016

Buku panduan militan ditemui di Syria


25 SEPTEMBER 2016
Buku panduan militan ditemui di Syria

Buku panduan militan ditemui di Syria Kulit depan buku panduan untuk militan yang kononnya dicetak di Turki.
DAMSYIK - SYRIA. Tentera Kerajaan Syria didakwa menemui sebuah buku panduan kononnya dicetak di Turki, yang mengajar kumpulan militan Daesh cara lebih tepat untuk berperang termasuk penggunaan senjata nuklear.

Menurut laporan media Rusia, Sputnik, manual berbahasa Arab bertajuk Zad al-Mujahed (Penyediaan untuk Pejuang) itu ditemui ketika operasi ketenteraan Syria di bahagian utara Latakia, terletak kira-kira 348 kilometer di barat laut Damsyik.

Pegawai tentera memberitahu, bahan bacaan tersebut dipenuhi kebencian, menggesa peperangan untuk mereka berbeza kepercayaan pelampau termasuk arahan yang perlu dilakukan terhadap musuh serta harta mereka.

"Buku itu mengandungi arahan bagaimana untuk membakar bandar yang ditawan militan, memusnahkan tanaman dan membunuh orang awam serta banduan.

"Selain itu, militan mempunyai hak untuk berkahwin dengan tawanan mereka dan penulisannya turut menyebut tentang kemungkinan penggunaan senjata," katanya.

Difahamkan, buku terbabit mempunyai logo syarikat penerbitan Guraba, yang berpangkalan di ibu negara Turki, di Instanbul. - Press TV

No comments:

Post a Comment