Sunday 25 September 2016

Gencatan senjata gagal diperbaharui


25 SEPTEMBER 2016
Gencatan senjata gagal diperbaharui

Gencatan senjata gagal diperbaharui Lavrov (kiri) dan Kerry ketika mesyuarat Kumpulan Sokongan Antarabangsa Syria di New York. - Foto: AFP
NEW YORK - Amerika Syarikat (AS) dan Rusia dilaporkan gagal memperbaharui perjanjian gencatan senjata di Syria, selepas seminggu perbalahan politik di Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB).

Meskipun keganasan dan pertempuran di Syria masih berterusan, kuasa dunia yang menghadiri mesyuarat itu bersetuju rundingan AS dan Rusia perlu diteruskan.

Bagaimanapun, Setiausaha Negara AS, John Kerry dan Menteri Luar Rusia, Sergei Lavrov telah bersedia untuk meninggalkan New York.

Menurut Lavrov, gencatan senjata itu mustahil untuk diperbaharui kerana AS gagal memisahkan antara kumpulan pemberontak sederhana dengan pengganas.

"Kita semua mengharapkan gencatan senjata, tetapi tanpa pemisahan militan Barisan al-Nusra atau pembangkang daripada kumpulan terbabit, gencatan tidak bermakna.

"Sebarang gencatan senjata sama ada selama tujuh hari atau tiga hari adalah tidak masuk akal kerana al-Nusra melancarkan 350 serangan semasa gencatan senjata selama seminggu yang berakhir Isnin lalu," katanya. - AFP

No comments:

Post a Comment