Friday, 12 February 2016

Menteri 17 negara setuju gencatan senjata di Syria

DUNIA JUMAAT, 12 FEBRUARI 2016 @ 9:50 AM




MUNICH: Rundingan membincangkan krisis berkaitan Syria di Munich Jerman, hari ini bersetuju mengadakan gencatan senjata dalam tempoh seminggu ke atas negara bergolak itu, sekali gus membolehkan bantuan kemanusiaan segera disalurkan.

 Setiausaha Negara Amerika Syarikat (AS), John Kerry, berkata 17 negara yang menghadiri mesyuarat itu bersetuju "untuk melaksanakan gencatan senjata seluruh Syria bagi menghentikan pertempuran yang disasarkan dalam tempoh seminggu.

Kumpulan Sokongan Antarabangsa Syria juga bersetuju "untuk mempercepat dan meluaskan penghantaran bantuan kemanusiaan dengan serta merta.

"Penghantaran berterusan akan bermula pada minggu ini, pertama ke kawasan yang paling memerlukan...dan diikuti orang yang memerlukan di seluruh negara itu terutama kawasan dikepung dan sukar sampai," kata Kerry.

 Serangan hebat ke atas kubu kuat Aleppo oleh tentera kerajaan Syria yang disokong pesawat pengebom Russia dan pejuang Iran, menjadi penghalang untuk mengadakan rundingan damai bulan ini dan memaksa 50,000 orang menjadi pelarian.

 Bedilan berterusan menyebabkan pemberontak terkepung dan pemerhati berkata 500 orang terbunuh sejak ia bermula pada 1 Februari, iaitu perkembangan buruk terbaharu dalam peperangan yang sudah meragut lebih 260,000 nyawa. Kerry berkata, rundingan di antara pemberontak dan rejim Presiden Syria, Bashar al-Assad akan disambung secepat mungkin tetapi memberi amaran bahawa "apa yang kami ada di sini ialah perkataan di atas kertas."

"Apa yang perlu lihat dalam beberapa hari akan datang ialah tindakan di tempat pertempuran," katanya. Menteri Luar Jerman, Frank-Walter Steinmeier bersetuju bahawa "sama ada ini benar-benar satu kejayaan kita akan lihat dalam beberapa hari lagi."

 "Apabila seluruh dunia melihat sama ada persetujuan hari ini akan dikotakan dan dilaksanakan oleh rejim Assad dan pemberontak Syria, Hezbollah dan militan penentang serta Russia," katanya. - AFP

SETIAUSAHA Negara Amerika Syarikat (AS), John Kerry (kanan) berucap pada sidang media selepas mesyuarat membincangkan krisis berkaitan Syria di Munich, Jerman hari ini. Turut sama Menteri Luar Russia, Sergei Lavrov. - Foto EPA  

Selanjutnya di : http://www.bharian.com.my/node/123632

NATO kerah kapal perang

Brussels: Pertubuhan Perjanjian Atlantik Utara (NATO) akan menghantar kapal perang ke Laut Aegean untuk membantu Turki dan Greece bertindak ke atas rangkaian penjenayah yang menyeludup pendatang dan pelarian ke Eropah.
Langkah itu yang akan dibincangkan buat pertama kali dalam mesyuarat di Brussels bertujuan membantu benua itu menangani krisis pendatang terburuk sejak Perang Dunia Kedua dengan lebih sejuta pencari suaka tiba tahun lalu.
Meskipun rancangan itu masih dibincangkan secara terperinci oleh general NATO, negara anggota berkemungkinan besar menggunakan kapal untuk membantu pasukan pengawal pantai Turki dan Greece serta agensi sempadan Kesatuan Eropah, FRONTEX.
“Ada sindiket penjenayah yang mengeksploitasi golongan yang dalam kesusahan dan ia operasi penyeludupan terancang,” kata Setiausaha Negara Amerika Syarikat, Ash Carter.
Jumlah mereka yang melarikan diri dari peperangan dan masalah ekonomi, khususnya di Asia Barat dan utara Afrika tidak menunjukkan tanda akan berkurangan walaupun pada musim sejuk yang menyukarkan usaha menyeberang laut lebih berbahaya.
Jerman berkata, ia akan mengambil bahagian dalam misi NATO bersama Greece dan Turki sementara Amerika Syarikat menyokong rancangan itu sepenuhnya.
Denmark juga dijangka menyumbangkan kapal, menurut sumber kerajaan Jerman.
“Adalah penting kita bertindak sekarang,” kata Menteri Pertahanan Jerman, Ursula von der Leyen.
Kapal Greece dan Turki akan kekal di perairan masing-masing memandangkan sensitiviti hubungan kedua-dua negara dan pelarian yang diselamatkan oleh kapal NATO akan diserahkan kepada Turki.
Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 12 Februari 2016 @ 7:44 AM


PENGAWAL pantai Greece menyambut seorang bayi dari sebuah bot membawa pelarian Syria di luar pantai Lesbos, kelmarin.
- See more at: http://www.hmetro.com.my/node/114295#sthash.jCnScfwa.dpuf

Lebih 400,000 korban perang Syria

London: Lima tahun perang saudara di Syria mengorbankan 400,000 penduduknya dan 70,000 lagi mati akibat sebab lain, termasuk kekurangan makanan dan ketiadaan keperluan asas seperti air bersih dan kemudahan perubatan.
Menurut laporan akhbar Guardian, berdasarkan Pusat Kajian Dasar Syria, jumlah itu ialah 11 peratus daripada jumlah penduduk Syria.
Pihak yang disokong Amerika Syarikat cuba menghapuskan militan Negara Islam di Syria dan mahu menggulingkan Presiden Bashar al-Assad kononnya bagi menstabilkan Syria.
Bagaimanapun Russia serta Iran mahukan Bashar terus berkuasa dan tidak bersetuju dengan penentang Bashar yang disokong Barat serta negara Arab, terutama Arab Saudi.
Kira-kira 400,000 terbunuh akibat peperangan manakala 70,000 lagi mati kerana tidak mendapat rawatan sempurna, ketiadaan ubat, air bersih, makanan dan rumah.
Menurut pusat kajian itu, 1.9 juta orang cedera dan jangka hayat rakyat Syria menurun daripada 70 tahun pada 2010 kepada 55.4 tahun pada 2015.
Seorang penduduk meratapi rumahnya yang musnah akibat bedilan peluru berpandu Scud di Aleppo Ard al-Hamra. - Foto Fail (Reuters)
Perang itu juga menyebabkan kerugian ekonomi bernilai AS$255 bilion.
Ahmed Dabu hilang kaki dan tangan akibat serangan udara tentera Syria dirawat di hospital pertubuhan kebajikan antarabangsa di Kilis, Turki. - Foto EPA
A man sits amid debris after an apparently random air attack by forces loyal to Syria's President Bashar al-Assad in Aleppo earlier this week.
Sheima Tafiyye yang cedera akibat tembakan penembak hendap kehilangan kedua-dua matanya dirawat di hospital pertubuhan kebajikan antarabangsa di Kilis, Turki. - Foto EPASheima Tafiyye yang cedera akibat tembakan penembak hendap kehilangan kedua-dua matanya dirawat di hospital pertubuhan kebajikan antarabangsa di Kilis, Turki. - Foto EPA
Credit:
Hosam Katan/Reuters
Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 11 Februari 2016 @ 6:50 PM


Seorang lelaki berlari membawa kanak-kanak yang cedera selepas serangan udara oleh tentera kerajaan Syria. - Foto Fail (Agensi)
- See more at: http://www.hmetro.com.my/node/114192#foto

Saudi sedia hantar pasukan khas



12 FEBRUARI 2016
 Adel


 RIYADH - ARAB SAUDI. Arab Saudi, kelmarin memaklumkan ia telah bersedia menghantar pasukan khas ke Syria jika pakatan antarabangsa diketuai Amerika Syarikat (AS) membuat keputusan untuk melancarkan operasi darat bagi memerangi kumpulan militan IS.
Menteri Luarnya, Adel al-Jubeir berkata, mereka akan membincangkan butiran mengenai perkara itu dengan pakar dari negara terlibat yang akan menyertai kempen ketenteraan itu.
Difahamkan, idea asal untuk menyertai operasi itu disuarakan jurucakap Kementerian Pertahanan, Ahmed Asiri minggu lalu.
Susulan itu, beberapa negara termasuk Bahrain dan Emiriyah Arab Bersatu (UAE) turut menyatakan kesediaan mereka untuk mengikut jejak langkah Riyadh.
Bagaimanapun, keputusan tersebut menerima kritikan dari Syria dan sekutunya yang mendakwa ia hanya akan memburukkan lagi konflik di negara bergolak tersebut. - Press T
V

Turki, Greece sepakat

12 FEBRUARI 2016

Pengawal pantai Turki membawa naik mayat kanak-kanak pelarian yang lemas ketika cuba menyeberangi Mediterranean ke Greece. - Foto AFP

 BRUSSELS - KESATUAN EROPAH. Turki dan Greece bersetuju bagi meminta campur tangan misi Pertubuhan Perjanjian Atlantik Utara (Nato) untuk memantau aliran pelarian di Laut Aegean dan kegiatan sindiket pemerdagangan manusia.
Kelmarin,  satu sumber memaklumkan Ankara dan Athens telah meminta Nato untuk mengawasi keadaan keseluruhan dengan pengawal negara dan agensi sempadan Kesatuan Eropah, Frontex.
Dalam satu kenyataan lain, Turki memberitahu ia juga sedia membawa pulang pelarian yang diselamatkan di laut atau dibawa oleh Nato.  
"Ia berada di luar bidang kuasa Nato untuk mengusir atau menyekat bot pelarian tersebut," kata jurucakap kerajaan.
Difahamkan, sekutu Nato telah menempatkan kapal mereka di timur Mediterranean sebagai sebahagian daripada usaha memantapkan pertahanan udara untuk menangkis sebarang serangan peluru berpandu. - Reuters

Kuasa dunia `bersatu’ tangani krisis Syria

12 Februari 2016 10:21 AM
Syria

MUNICH 12 Feb. – Kuasa-kuasa dunia akhirnya “bersatu” untuk menamatkan konflik di Syria apabila mengenepikan sentimen permusuhan dan mahu mempercepatkan proses penghantaran bantuan kemanusiaan secara meluas. Setiausaha Negara Amerika Syarikat (AS), John Kerry berkata, perbincangan yang melibatkan lebih 12 buah negara termasuk Rusia, mencapai persetujuan bahawa rundingan damai Syria perlu disambung semula di Geneva secepat mungkin.
Kerry yang diiringi Menteri Luar Rusia, Sergei Lavrov dan wakil Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), Staffan de Mistura, menjelaskan bahawa pertemuan di Munich hanya mencapai persetujuan di atas kertas sahaja.
Beliau dan Lavrov bersetuju bahawa ujian sebenar akan melibatkan kesemua pihak yang terlibat dalam konflik di Syria untuk menunjukkan komitmen masing-masing bagi menamatkan persengketaan. – REUTERS
- See more at: http://www.utusan.com.my/berita/luar-negara/kuasa-dunia-bersatu-8217-tangani-krisis-syria-1.189487#sthash.PcLHfWhh.dpuf

Rusia usul 1 Mac tarikh gencatan senjata Syria

12 Februari 2016 12:04 AM

sebuah keluarga Syria menunggu giliran untuk melitasi sempadan Oncupinar berhampiran Kilis di Turki untuk ke Syria, kelmarin. AFP

 NEW YORK 11 Feb. – Rusia mencadangkan tarikh gencatan senjata di Syria pada 1 Mac ini, beberapa jam sebelum pertemuan kuasa-kuasa dunia di Jerman berhubung cara untuk menamatkan perang saudara di negara itu, ketika 50,000 penduduk melarikan diri daripada pertempuran di Aleppo.
Timbalan Menteri Luar Rusia, Gennady Gatilov hari ini berkata, negara itu bersedia untuk mula berbincang tentang kemungkinan gencatan senjata di Syria, dalam pertemuan menteri-menteri luar di Munich.
Dalam pada itu, Jawatankuasa Palang Merah Antarabangsa (ICRC) semalam memberitahu, sekurang-kurangnya 50,000 orang melarikan diri daripada pertempuran di Aleppo dan bekalan air terganggu di beberapa kawasan di wilayah tersebut.
Badan Pemantau Hak Asasi Sy­ria semalam melaporkan, sekurang-kurangnya 500 orang maut sejak kerajaan Syria disokong serangan udara Rusia melancarkan serangan di utara Aleppo sejak 1 Februari lalu.
“Antara terbunuh adalah 89 orang awam termasuk 23 kanak-kanak, 143 pejuang prokerajaan, 274 penentang kerajaan dan pejuang asing,’’ kata badan hak asasi yang beribu pejabat di London itu.
Sementara itu, Pertubuhan Bangsa-Bangsa (PBB) kelmarin menggesa Turki membuka sempadannya kepada puluhan ribu pelarian Syria yang melarikan diri daripada pertempuran dan kini terkandas di pintu sempadan berdekatan Bab al-Salameh.
Perdana Menteri Turki, Ahmet Davutoglu dengan nada sinis semalam mengkritik PBB apabila berkata, perkara tersebut bukan satu isu yang boleh ditanggung hanya sebuah negara atau negara jirannya, tetapi isu kemanusiaan.
“Saya melihat nasihat PBB sebagai perkara hipokrit kerana badan dunia itu tidak melakukan apa-apa untuk mencari penyelesaian di Syria. Malah, lebih buruk turut melibatkan Majlis Ke­selamatan PBB yang tidak boleh menghentikan serangan bom Rusia yang menyebabkan kebanjiran pelarian ke Turki,’’ katanya pada sidang media di The Hague.
- See more at: http://www.utusan.com.my/berita/luar-negara/rusia-usul-1-mac-tarikh-gencatan-senjata-syria-1.189305#sthash.mex4nnGx.dpuf

Thursday, 11 February 2016

Lebih 500 maut di Syria angkara rejim Bashar

RABU, 10 FEBRUARI 2016 @ 11:13 PM


WARGA tempatan memeriksa kawasan kediaman mereka yang musnah selepas diserang tentera rejim Presiden Bashar al-Assad. - Foto Reuters
BEIRUT: Lebih 500 orang, termasuk puluhan penduduk awam, terbunuh sejak rejim Presiden Bashar al-Assad melancarkan serangan besar-besaran dibantu Russia di wilayah Aleppo, awal bulan ini.
Pemerhati Syria bagi Hak Asasi Manusia (SOHR), yang bergantung kepada rangkaian sumber bagi mendapatkan perangkaan, berkata keseluruhan 506 termasuk 23 kanak-kanak terkorban dalam serangan udara Russia di Aleppo dan sekitarnya sejak operasi dilancarkan sejak 1 Februari lalu.
"Sekurang-kurangnya 143 militia prorejim, 274 pemisah dan pejuang asing dan 89 penduduk awam terbunuh sejak 1 Februari lalu hingga malam Selasa," kata pengarah SOHR, Rami Abdel Rahman.
Beliau berkata, 14 tentera Iran dan sekurang-kurangnya tiga anggota Hizbullah dari Lubnan maut dalam pertempuran bersama-sama tentera kerajaan.
Abdel Rahman menambah, lebih 100 pejuang asing, termasuk cawangan al-Qaeda di Syria, maut sejak serangan bermula.
Pertempuran semalam berlaku sekitar Tamura, utara Aleppo, dengan serangan udara Russia di beberapa kampung berhampiran, kata SOHR. - AFP

Pejuang Kurdish rampas pangkalan udara di utara Syria

KHAMIS, 11 FEBRUARI 2016 @ 10:37 AM



 BEIRUT: Pejuang Kurdish yang disokong pemberontak Arab merampas pangkalan udara strategik dan bandar bersebelahan di utara Syria daripada pemberontak antikerajaan pada pertempuran, semalam.

Pemerhati Hak Asasi Manusia Syria berkata, Unit Perlindungan Rakyat (YPG) dan sekutu Arab mengusir kumpulan militan dan pejuang lain dari pangkalan tentera udara Minnigh dan bandar bersebelahan, bandar kedua Syria di utara, Aleppo.


Kejayaan itu hadir beberapa hari selepas pertempuran sengit yang menyaksikan angkatan YPG mara ke timur dari kubu kuat Kurdish, Afrin dan menawan beberapa kampung sebelum sampai ke Minnigh.


 "Akibat kekalahan di Minnigh, pejuang militan kehilangan satu-satunya lapangan tentera udara dalam wilayah Aleppo," kata Ketua pemerhati itu, Rami Abdel Rahman.

 Kumpulan pemerhati itu berkata, lebih 500 orang terbunuh sejak kerajaan mula melancarkan serangan pada 1 Februari. - AFP


FOTO dikeluarkan oleh agensi berita rasmi Syria, SANA memaparkan penduduk Syria berkumpul di jalan yang dilanda serangan, di Aleppo, Syria. - Foto AP  

Selanjutnya di : http://www.bharian.com.my/node/123258

Jelajah Syria Berdarah Oleh Kapten Ustaz Mohd Asri




KENAPAKAH KITA KURANG MENGETAHUI DENGAN JELAS ISU SYRIA?

1- Gambaran tentang Syria agak tidak jelas bila dijelaskan oleh media2, kerana itu Syeikh Hassan dihantar bagi menjelaskan apakah sebenarnya yang berlaku di SYRIA..

2- Media2 barat sebenarnya tidak mahu manusia dunia tahu akan apakah sebenarnya yang berlaku di Syria. Lalu mereka telah memutarbelitkan fakta.

3- Syeikh Khalid Hasan bercerita, ketika beliau di Indonesia dan bertemu dengan seorang teman, teman itu berkata dia lihat di akhbar bahawa ramai orang menyokong Kerajaan Syria.

TV Indonesia juga menyiarkan bahawa ramai yang menyokong Kerajaan Syria yang dipimpin oleh Basyar Al-Assad. Apa yang berlaku sebenarnya ialah, kerajaan telah mengumpulkan pegawai2nya supaya berkumpul dalam erti kata lain mahu menunjukkan kepada dunia bahawa Basyar Al–Assad ini mempunyai ramai yang menyokong beliau.

4- Jangan terpedaya dengan kenyataan2 yang kita dengar dari ahli intelektual Syria dan ahli politik Syria bahawa yang Syria menentang Israel. Tetapi, sejak zaman ayah Basyar Al-Assad lagi (Hafez Al-Assad) tidak satu peluru pun yang singgah ke tanah Israel. Bahkan Tanah Tinggi Golan yang terletak di Tanah Syria telah dikuasai oleh Israel.

5- Kita banyak tidak tahu tentang Isu Syria selama ini sebab media telah dikawal oleh pihak rejim Basyar Assad. Manakala sumber media lain tidak dibenarkan memasuki Syria untuk membuat liputan.

Segala gambar dan video yang menjadi bahan bukti adalah hasil rakaman daripada para pendemonstrasi yang bertekad untuk merakam sendiri kezaliman tersebut dan kebanyakan daripada mereka telah menemui syahid.

Sebahagian rakaman lain telah dijual oleh tentera rejim Basyar Assad dengan harga 100 dolar. Syeikh Dr Khalid Hassan Al-Hindawi merupakan delegasi khas Syeikh Dr Yussuf Al-Qaradhawi ke Asia Tenggara untuk menyampaikan dan menyebarkan berita sebenar.

10 hari 506 mati

Beirut: Serangan oleh rejim Bashar al-Assad yang disokong Russia, mengorbankan lebih 500 orang bulan ini..
Pemerhati Hak Asasi Manusia Syria berkata, 506 orang terbunuh sejak rejim itu melancarkan serangan besar-besaran terhadap pemberontak di wilayah Aleppo pada 1 Februari lalu.
Ini termasuk 23 kanak-kanak yang mati dalam serangan udara Russia, kata kumpulan pemerhati yang berpusat di Britain itu.
Lebih 260,000 orang terbunuh dan separuh lagi rakyat negara itu terpaksa melarikan diri sejak konflik yang bermula pada 2011.
Sementara itu, puluhan ribu penduduk masih terkandas Aleppo, bandar kedua terbesar Syria yang masih dikepung walaupun rayuan dibuat Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) supaya membenarkan orang awam keluar.
Dalam pada itu, Turki yang sudah menerima 2.7 juta pelarian Syria enggan membenarkan kumpulan baru pelarian memasuki negaranya, sebaliknya hanya bersedia menawarkan bantuan kemanusiaan di seberang sempadan Syria.
Hanya orang yang cedera dibenarkan melintas sempadan Oncupinar, tempat kira-kira 30,000 pelarian berkumpul selepas melarikan diri dari serangan rejim Bashar dan tentera Syria di Aleppo.
Kebanyakannya tidur di dalam khemah atau tempat terbuka, berikutan khemah yang disediakan sudah penuh.
Menurut pegawai Turki, 10 rakyat Syria yang cedera dibawa ke hospital di Kilis, selepas pengeboman di bandar Azaz.
Mereka yang melarikan diri dari keganasan menceritakan mengenai kaganasan dan penderitaan yang dihadapi.
“Kanak-kanak mati kerana pengeboman, kelaparan dan kesejukkan. Mereka tinggal di jalan raya dan tidak mempunyai tempat tinggal,” kata Abdul Karim Bahloul di sempadan Turki.
Ancaman keselamatan akibat perang Syria dijangka menjadi agenda mesyuarat dua hari menteri pertahanan NATO di Brussels bermula Rabu, termasuk permintaan Turki untuk mendapatkan bantuan krisis pendatang dan tindak balas lebih tegas ke atas Russia.
Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 11 Februari 2016 @ 8:24 AM


MAYAT bergelimpangan di sebuah hospital selepas serangan udara tentera pro-Syria di al-Saleheen, Aleppo, kelmarin.
- See more at: http://www.hmetro.com.my/node/114048#sthash.hTjmXxuT.dpuf

Siapa president Checnya (Ramzan Kadyrov) sebenarnya dan apa tujuan penglibatannya dlm perang Syiria?



Zuhaimi Mustafa
Usah keliru dgn penyertaan tentera Checnya dlm perang Syiria. Usah keliru dgn penampilan president Checnya dgn imej islamiknya. Siapa president Checnya sebenarn...ya dan apa tujuan penglibatannya dlm perang Syiria ? Rupanya masih ramai yg belum jelas.
Ramzan Kadyrov adalah bekas mujahiddin yg memerangi tentera Russia di Checnya suatu masa dulu. Tapi akhirnya belot dgn menyertai Russia apabila dijanjikan dgn jawatan presiden spt sekarang ini. Ramzan Kadyrov juga turut memburu dan membunuh bekas rakan2 mujahiddinnya hingga kesaat ini. Sbg penjelasan, mujahiddin masih lagi meneruskan perjuangan menuntut pembebasan bumi Checnya... dan mereka adalah pejuang2 berani, legasi daripada imam Syamil (pengasas tarikat naqsyabandiah) yg terkenal dulu.

Jadi, penyertaan Checnya dlm konflik Syiria tidak sama sekali mewakili mujahiddin Chec. Mujahiddin Chec berjuang bersama rakyat Syiria sementara tentera Checnya berkomplot bersama2 Russia dan Assad. Utk pengetahuan Ramzan Kadyrov turut mengecam Turki yg menembak jatuh pesawat tempur Russia.

Ramzan Kadyrov mengingatkan aku kepada Mustafa Kamal Attaturk, si yahudi dunma yg menjadi president pertama Turki dulu....

Tulisan ringkas aku ini sbg menjawab mereka2 yg masih merestui tindakan syiah dan Russia dlm penyembelihan saudara2 kita di Syiria. Moga tak terus diperbodohkan oleh suara2 dajjal laknatullah...







300,000 penduduk terkepung di Aleppo

Berdepan kebuluran tanpa bekalan makanan

11 Februari 2016 12:10 AM

Kepulan asap tebal menyelubungi udara di bandar Anadan kira-kira-kira 10 kilometer dari bandar Nubul dan Zahraa di utara Aleppo akibat serangan udara tentera Syria pada 3 Februari lalu. REUTERS
GENEVA 10 Feb. - Kira-kira 300,000 penduduk Syria terkepung dan berdepan kebuluran berikutan tentera kerajaan mengepung bandar Aleppo sejak seminggu yang lalu, lapor Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB).
Menurut pihak berkuasa, dianggarkan antara 100,000 dan 150,000 orang awam di bandar kedua terbesar di Syria itu yang menempatkan kira-kira dua juta penduduk itu, akan melarikan diri sekiranya keadaan berterusan.
Menurut Badan Pemerhati Hak Asasi Manusia, yang memantau keganasan dan aktivis berkata, serangan udara juga berterusan di Tal Rifaat, Anadan dan beberapa bandar lain di Aleppo.
Pasukan tentera dibantu sera­ngan udara Rusia dan kumpulan bersenjata dari Iran dan Lebanon telah melancarkan serangan besar-besaran di sekitar Aleppo, yang terbahagi antara tentera kerajaan dan pemberontak sejak konflik Syria meletus.
Persatuan Doktor Antarabangsa, Mahmoud Mustafa berkata, sekurang-kurangnya dua terkorban, manakala 30 yang lain ce­dera dalam serangan udara berhampiran Tal Rifaat dan perkampu­ngan berhampiran Azaz.
Kementerian Dalam Negeri dalam satu kenyataan berkata, di kawasan kediaman di tengah Damsyik, seorang pengebom berani mati meletupkan kenderaan yang dipandunya di kelab pegawai polis, semalam dan sebanyak lapan pegawai polis terkorban, manakala 20 yang lain cedera dalam serangan dipercayai dilancarkan kumpulan militan Negara Islam (IS). – REUTERS
- See more at: http://www.utusan.com.my/berita/luar-negara/300-000-penduduk-terkepung-di-aleppo-1.188862#sthash.EJoWMJRT.dpuf

409 pelarian maut di Laut Mediterranean awal tahun ini


Sebahagian pelarian Syria yang terkandas di Turki menunggu untuk menyeberangi Laut Mediteranean menuju ke Eropah. Agensi
LONDON 10 Feb. – Sebanyak 409 pelarian maut dalam tempoh enam minggu pertama tahun ini ketika cuba menyeberangi Laut Mediteranean dan jumlah itu meningkat 10 kali ganda berbanding tempoh yang sama tahun lalu, kata Organisasi Antarabangsa untuk Migrasi (IOM).
IOM melaporkan bilangan ketibaan pelarian kini bertambah sebanyak 76,000 dan jumlah korban meningkat kepada 409 dalam tempoh enam minggu pertama 2016 di Laut Mediterranean berbanding 69 orang dalam tempoh yang sama tahun lalu.
“Secara purata 2,000 pelarian tiba setiap hari iaitu hampir 10 kali ganda daripada purata ketibaan harian pada tahun lalu.
“Greece dijangka menerima satu juta pelarian sejak awal 2015 hingga bulan depan,” kata IOM dalam satu kenyataan seperti dilaporkan Al-Jazeera Online.
Lebih 1.1 juta orang pelarian dari Asia Barat, Asia dan Afrika tiba di pantai Eropah akhir tahun lepas dan kebanyakan mereka menuju ke Jerman.
Agensi Suruhanjaya Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu bagi Pela­rian (UNHCR) berkata, sebahagian pelarian merupakan penduduk Syria yang melarikan diri daripada perang saudara di negara itu.
IOM melaporkan seramai 70,365 pelarian dan pendatang asing tiba melalui laut di Greece dan sebanyak 5,898 orang menuju ke Itali.
Seorang jurucakap IOM, Joel Millman berkata, pertubuhan itu menjangkakan bilangan penda­tang asing dan pelarian yang tiba di Eropah akan terus meningkat pada masa depan.
- See more at: http://www.utusan.com.my/berita/luar-negara/409-pelarian-maut-di-laut-mediterranean-awal-tahun-ini-1.188858#sthash.H9tWNtD6.dpuf

Polis Turki rampas bom 27kg



GAMBAR fail bertarikh 5 Februari menunjukkan pelarian Syria berjalan menuju ke arah sempadan Turki di pintu sempadan Bab al-Salam. - AGENSI


ANKARA – Pasukan keselamatan Turki merampas empat jaket yang digunakan pengebom bunuh diri dan sejumlah bahan letupan di dalam bagasi sekumpulan suspek dekat sempadan Syria, kata tentera Turki semalam.
“Antara barang yang ditemui di dalam dua buah beg termasuk bahan letupan seberat 12 dan 15 kilogram (kg) serta empat tali pinggang yang digunakan dalam serangan bunuh diri,” kata tentera Turki dalam satu kenyataan.
Tambah kenyataan itu lagi, satu kumpulan imigran terdiri daripada 34 orang termasuk empat lelaki, 10 wanita dan 20 kanak-kanak itu singgah di bandar Karkamis yang terletak di tenggara Turki dan bersempadan dengan Syria.
Tentera Turki tidak merujuk kepada sebarang kumpulan pengganas di dalam kenyataannya, namun Karkamis terletak dekat bandar Jerabalus di Syria yang kini dikuasai kumpulan militan Islamic State (IS).
Rampasan itu dibuat ketika kira-kira 30,000 rakyat Syria berkumpul di Oncupinar yang bersempadan dengan Turki iaitu sekitar 100 kilometer ke barat Karkamis selepas melarikan diri daripada serangan tentera Syria yang disokong Rusia di Aleppo.
Turki yang kini menjadi rumah buat 2.7 juta pelarian Syria, enggan membenarkan gelombang pelarian baharu memasuki negara itu, sebaliknya menyediakan bantuan kemanusiaan merentasi sempadan.
Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) kelmarin menggesa Turki membuka sempadannya kepada pelarian Syria yang membanjiri kem-kem kecemasan dengan sebahagian mereka termasuk wanita dan kanak-kanak terpaksa tidur di dalam khemah atau di kawasan terbuka.
Timbalan Perdana Menteri Turki, Numan Kurtulmus berkata bahawa ‘kes senario terburuk’ yang boleh dilihat ialah ketibaan 600,000 pelarian di sempadannya.
Polis Turki sentiasa berjaga-jaga dengan kehadiran militan di negara itu selepas beberapa siri serangan yang dilakukan IS.
Pada Januari lalu, 11 pelancong Jerman terbunuh dalam satu letupan di lokasi bersejarah Istanbul, manakala pada Oktober tahun lalu, serangan pengebom bunuh diri mengorbankan 103 nyawa di Ankara. - AFP


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2016&dt=0211&pub=Kosmo&sec=Dunia&pg=du_02.htm#ixzz3zoSTZI81 
Hakcipta terpelihara 

Penduduk Aleppo bimbang bantuan makanan terputus


SEORANG lelaki menjual roti berjalan melintasi runtuhan sebuah bangunan di kejiranan al-Shaar yang dikuasai pemberontak di Aleppo, Syria semalam. REUTERS


ONCUPINAR, Turki – Beratus-ratus ribu rakyat akan terputus bekalan makanan jika tentera Syria terus mengepung kawasan-kawasan yang dikuasai pemberontak di bandar raya Aleppo, kata Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) dalam satu amarannya kelmarin.
Pihak tentera menyasarkan untuk menguasai semula sempadan Syria dengan Turki dan merampas Aleppo, kata penasihat kanan kepada Presiden Syria, Bashar Al-Assad kepada agensi berita Reuters.
Tambahnya, beliau tidak menjangkakan usaha diplomasi akan berjaya untuk menamatkan perang saudara di Syria ketika negara-negara asing mengekalkan sokongan kepada pemberontak.
Pasukan keselamatan Syria yang disokong serangan udara Rusia serta pejuang Hezbollah dari Iran dan Lebanon telah melancarkan serangan besar-besaran di kawasan luar bandar sekitar Aleppo yang kini sebahagiannya dikuasai kerajaan.
Perkembangan itu dianggap sebagai perubahan paling pen­ting dalam momentum perang saudara selama lima tahun di Syria yang telah mengorbankan lebih 250,000 orang dan menyebabkan 11 juta penduduk menjadi pelarian.
Sejak minggu lalu, pertempuran antara tentera Bashar dan pihak pemberontak sudah pun memusnahkan percubaan pertama rundingan damai yang diusahakan sejak dua tahun lalu.
PBB bimbang tindakan mengepung Aleppo akan memutuskan laluan terakhir yang digunakan oleh penduduk di bandar itu dan kawasan sekitarnya untuk mendapatkan makanan dan bantuan lain dari Turki.
“Seramai 300,000 orang masih berada di dalam bandar ini, mereka terputus bekalan bantuan kemanusiaan melainkan akses laluan sempadan boleh dirundingkan,” kata Pejabat Penyelaras Hal Ehwal Kemanusiaan PBB.
Jika kerajaan terus mengepung Aleppo, majlis tempatan di bandar itu menganggarkan bahawa kira-kira 100,000 hingga 150,000 penduduk akan me­larikan diri.
Aleppo dahulu merupakan bandar terbesar di Syria dan dihuni oleh dua juta penduduk. – REUTERS


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2016&dt=0211&pub=Kosmo&sec=Dunia&pg=du_05.htm#ixzz3zoS1ok1d 
Hakcipta terpelihara 

Wednesday, 10 February 2016

PKK tembak mati 3 anggota keselamatan Turki

RABU, 10 FEBRUARI 2016 @ 4:57 PM




 ISTANBUL: Militan Kurdis menembak mati dua tentera Turki dan seorang pegawai polis ketika pemberontak cuba menyeberangi sempadan dari Syria hari ini, menurut tentera negara itu dan media milik kerajaan.

 Askar Turki berkata, di daerah Cizre, wilayah Sirnak, pasukan keselamatan mengesan tujuh pemberontak Parti Pekerja Kurdistan (PKK) memasuki Turki dari Syria dan ketika bertempur, seorang askar maut dan seorang lagi cedera.

 Seorang lagi tentera Turki ditembak mati oleh militan PKK di daerah Sur yang di bawah perintah berkurung sejak awal Disember lalu di mana sebahagian besar kawasan dikuasai pemberontak Kurdish di tenggara Turki, iaitu bandar terbesar Diyarbakir.

 Pasukan keselamatan Turki berusaha untuk merampas semula pekan dan bandar dikuasai militan sejak Julai lalu, apabila gencatan senjata dua tahun berakhir dan menyukarkan rundingan damai serta mencetuskan keganasan paling buruk dalam dua dekad. - Reuters

Selanjutnya di : http://www.bharian.com.my/node/123045

Macedonia mula pasang pagar baru

Skopje: Macedonia mula memasang pagar baru, selari dengan yang ada sekarang, di sempadannya dengan Greece untuk menyukarkan lagi pendatang memasuki negara Balkan itu.
Sejak November lalu, hanya pelarian dari Syria, Afghanistan dan Iraq dibenarkan menyeberangi sempadan negara itu untuk ke Eropah.
Bagaimanapun, pendatang dari negara lain masih cuba menyeberangnya.
“Ideanya ialah untuk menghantar mesej kepada pendatang bahawa ada dua pagar yang akan menghalang mereka menyeberang secara haram,” kata seorang pegawai kanan tentera.
Lebih 68,000 pendatang dan pelarian didaftar memasuki Macedonia sejak awal tahun ini dan polis berkata, mereka menghalang kira-kira 4,000 orang yang cuba menyeberang secara haram pada Januari sahaja.
Pagar berkenaan dipasang kira-kira lima meter dari yang dipasang pada November di kedua-dua belah sempadan di Gevgeliha, kata pegawai itu.
Dia enggan menyatakan sejauh mana pagar berkenaan.
Bagaimanapun, media tempatan berkata, ia sepanjang 30 kilometer. - Agensi
Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 10 Februari 2016 @ 5:14 AM

- See more at: http://www.hmetro.com.my/node/113771#sthash.yAdooh0q.dpuf

PBB tuduh Syria 'hapus' penentang guna cara kejam

New York: Penyiasat Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) menuduh rejim Bashar al-Assad ‘menghapuskan’ penentangnya di penjara dan pusat tahanan menerusi cara yang kejam, termasuk membiarkan mangsa kebulur, mendera dan membunuh.
Tuduhan itu berdasarkan siasatan terhadap dakwaan jenayah perang yang dilakukan rejim berkenaan sejak kebangkitan rakyat bermula pada Mac 2011 hingga tahun lalu.
Ia juga mendedahkan bagaimana ribuan tahanan dibunuh ketika ditahan oleh pihak bertentangan dalam konflik di negara itu.
Berdasarkan kenyataan ratusan saksi, laporan badan dunia itu mendedahkan bagaimana tahanan di pusat tahanan yang dikelolakan pihak berkuasa Syria menjadi mangsa pemerkosaan, penderaan dan pembunuhan serta pelbagai jenayah perang.
“Ada tanda-tanda menunjukkan pihak berkuasa rejim itu yang mengawal penjara dan pusat tahanan menyedari berlakunya begitu banyak kematian,” menurut laporan berkenaan.
Ia menuduh Damsyik melakukan jenayah terhadap kemanusiaan dengan menyasarkan tahanan perang dan orang awam yang ditahan selepas menculik mereka.
Penyiasat berkata, mereka mewawancara 621 orang, termasuk lebih 200 bekas tahanan yang menyaksikan sendiri satu atau dua kematian dalam tahanan.
“Bagi tahanan yang bernasib baik kerana dibebaskan, hampir semuanya mengalami penyeksaan yang begitu sukar untuk digambarkan,” kata suruhanjaya penyiasat Paul Pinheiro.
Menurutnya, mangsa yang terselamat menceritakan bagaimana rakan tahanan mereka dipukul hingga mati ketika disoal siasat atau dibiarkan mati dalam tahanan dengan kecederaan yang mereka alami akibat didera.
Selain lelaki, sebahagian mangsa yang mati dalam tahanan itu ialah wanita dan juga kanak-kanak.
Lebih kejam lagi, ada mangsa semuda tujuh tahun juga didera hingga mati, menurut laporan itu. - Agensi
Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 10 Februari 2016 @ 5:13 AM


GAMBAR fail menunjukkan mayat bergelimpangan selepas kekejaman rejim Bashar di sebuah pusat tahanan.
- See more at: http://www.hmetro.com.my/node/113769#sthash.Q1xC42gJ.dpuf

27 lagi pelarian mati lemas

Istanbul: Sekurang-kurangnya 27 orang, termasuk 11 kanak-kanak mati lemas selepas bot yang mereka naiki karam di Laut Aegean ketika cuba menyeberangi dari Turki ke Greece.
Pengawal pantai Turki berkata, mereka menemui bot yang membawa 40 pelarian dalam keadaan separuh karam selepas ia belayar dari Edremit di Balikesir, wilayah di barat Turki untuk menuju ke pulau Lesbos, Greece.
Setakat ini, empat pelarian diselamatkan dalam operasi mencari dan menyelamat dari udara dan laut, kata pengawal pantai Turki dalam kenyataan di laman webnya.
Sembilan lagi masih hilang.
Kerakyatan mangsa masih belum dikenal pasti.
Menurut agensi berita Dogan, sekurang-kurangnya 35 pelarian maut dalam dua kejadian berasingan di luar pantai barat Turki.
Ia kemudian melaporkan hanya satu kejadian berlaku dengan 11 kanak-kanak mati.
Turki yang menempatkan lebih 2.5 juta warga Syria yang melarikan diri dari peperangan di negara itu menjadi pintu utama bagi pendatang untuk ke Eropah.
Kejadian semalam berlaku ketika Canselor Jerman, Angela Merkel mengadakan perbincangan di Ankara mengenai usaha mengurangkan kebanjiran pelarian ke Eropah. Ketika ini kira-kira 30,000 pelarian Syria masih terkandas di sempadan Turki selepas melarikan diri dari serangan rejim Bashar di Aleppo, wilayah di utara Syria.
Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 10 Februari 2016 @ 5:15 AM

- See more at: http://www.hmetro.com.my/node/113774#sthash.kODyOaPx.dpuf

Tuesday, 9 February 2016

27 pendatang mati lemas dekat Turki

SELASA, 9 FEBRUARI 2016 @ 9:09 AM




ISTANBUL: Seramai 27 orang termasuk 11 kanak-kanak mati lemas selepas bot mereka karam di Laut Aegean ketika cuba menyeberangi dari Turki ke Greece, menurut Pengawal Pantai Turki. Pengawal Pantai Turki menemui bot membawa 40 orang yang separa tenggelam selepas ia belayar dari Edremit di wilayah Balikesir untuk ke Pulau Lesbos, Greece. Pengawal pantai berkata, setakat ini, empat pendatang berjaya diselamatkan dalam operasi mencari dan menyelamat dari udara dan laut. Sehubungan itu, sembilan lagi pendatang dilaporkan masih hilang. Identiti warga negara mangsa masih belum diketahui. Agensi berita Dogan pada awalnya melaporkan sekurang-kurangnya 35 pendatang mati dalam dua kejadian berasingan di barat Turki tetapi kemudian melaporkan hanya satu insiden dengan 11 kanak-kanak terkorban. - AP  

Selanjutnya di : http://www.bharian.com.my/node/122631

4 askar Russia maut helikopter terhempas

SELASA, 9 FEBRUARI 2016 @ 7:38 AM



 MOSCOW: Sekurang-kurangnya empat askar Russia maut apabila sebuah helikopter tentera terhempas di barat negara itu, menurut Kementerian Pertahanan. "Menurut kumpulan mencari dan menyelamat yang tiba di tempat kejadian, helikopter jenis Mi-8 itu membuat pendaratan cemas menyebabkan tiga juruterbang dan seorang jurulatih teknikal terkorban," menurut kenyataan Kementerian Pertahanan kepada agensi berita Russia. Pesawat berkenaan terputus hubungan selepas kira-kira jam 1620 GMT dan kemudiannya membuat pendaratan cemas dekat bandar Ostrov, kira-kira 30 kilometer dari sempadan Russia dengan Latvia. Tidak dapat dipastikan berapa jumlah sebenar tentera menaiki pesawat berkenaan yang mengendalikan latihan rutin. Sumber keselamatan Russia berkata, helikopter itu terbakar dalam kejadian berkenaan. Sumber lain berkata, kejadian mungkin berpunca daripada kerosakan mekanikal. - AFP

Selanjutnya di : http://www.bharian.com.my/node/122620

Berjaya hantar bantuan


Pelarian Syria terpaksa berebut-rebut di Bab al-Salama berhampiran bandar Azaz, utara Syria untuk memasuki sempadan Turki.
DAMSYIK - SYRIA. Agensi bantuan berjaya menghantar bantuan kepada 700 keluarga di Mu'adamiyat al-Sham yang dikuasai kumpulan militan berhampiran ibu negara Syria.
Kelmarin, Jawatankuasa Palang Merah Antarabangsa (ICRC) dan Persatuan Bulan Sabit Merah Arab dilaporkan mendapat akses untuk menghantar bekalan makanan dan kit kebersihan kepada kira-kira 3,500 penduduk.
Jurucakapnya memaklumkan lebih banyak bantuan akan dihantar ke kawasan terjejas di Mu'adamiyat al-Sham dalam tempoh beberapa hari lagi.
Dalam perkembangan lain, Turki memaklumkan mereka tidak akan membiarkan ribuan pelarian Syria yang terkandas di sempadan dan agensi bantuan turut memberi amaran 'situasi terdesak' susulan kebanjiran golongan terbabit.
Puluhan ribu pelarian termasuk wanita dan kanak-kanak kehilangan tempat tinggal selepas tentera kerajaan disokong Rusia mara ke bandar Aleppo.
Media tempatan melaporkan Ankara kini berdepan krisis baharu kerana telah mencapai had kapasiti untuk menerima kemasukan lebih ramai pelarian. - AFP